Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 April 2011

Aku dan Fernando Torres

Hari Isnin mood aku sangat bagus.
Balik daripada bercuti katakan.
Walaupun pesakitku ramai dan waiting time melebihi sejam,
aku still OK.
Mana2 yang nak scan baby untuk tengok jantina, aku layankan.
Mana2 yang nak MC, aku beri tanpa banyak bicara.
Mana2 yang nak buat dressing, aku buat dengan senang hati.
Mana2 yang nak cabut kuku, aku buat juga walaupun ramai lagi pesakit yang menunggu.
Mamat2 Bangla dan Nepal yang tak pandai cakap melayu pun aku layan.
Tapi malam tadi aku akhirnya hilang sabar.
Korang ingat insiden bapak patient yang ugut aku sebab tak dapat MC?
Ini bukan sambungannya.
Pukul 9.30 malam.
Seorang perempuan lewat 20-an.
Sebangsa dengan perempuan yang bapaknya ugut aku tu.
" Doc, I had Abdominal cramp this morning."
" I took my medicine and now relieved."
" I don't want medicine. I just need MC for this morning."
Pukul 9.55 malam.
Aku dah tak larat.
Perut dah lapar, mata pun dah mengantuk.
Seorang lelaki usia awal 50-an pulak datang.
Sebangsa dengan lelaki yang ugut aku tempohari.
" Doc, I had teribble diarrhoea today. Feel very tired this morning."
" But now OK already."
" I don't want any medication."
" Just give me an MC for today."
Minggu lepas dia pun datang jugak.
Konon batuk dan hilang suara.
Datang malam2 dan tak nak ubat jugak.
Korang jangan tanya apa aku dah buat.
Tapi menyaksikan Fernando Torres menjaringkan gol sulungnya,
menyejukkan hatiku yang kepanasan.
Walaupun dia murtad daripada Liverpool,
aku masih menyokongnya.
Aku tak tahu camna mood aku hari ini.
Aku masih pegang prinsip aku.
Aku takkan menjual MC.
Aku takkan beri MC bukan atas sebab perubatan.
Tapi manusia tak pernah faham.
Mereka ingat MC itu hak mereka dan doktor wajib memberinya bila diminta.
Aku malas nak bertekak dengan patient.
Aku malas nak berdebat dengan sedara-mara patient.
MC bukan untuk dijualbeli dan tidak boleh ditawar-menawar.
Aku paling pantang kalau ada yang berani mempertikaikan keputusanku.
Mereka ingat duit mereka tu aku nak sangat?
" Please! You take your money back and go somewhere else! "


Chelsea’s Fernando Torres finally scores

After 732 goalless minutes, Fernando Torres’ first Chelsea strike has left many questions to be answered. At least, most now accept that Torres, still in a poor patch of form, is a striker of undoubted quality.

The sense of relief that reverberated around Stamford Bridge on Saturday evening was notable. The Chelsea players flocked to the Spaniard, burying him under a pile of blue shirts; suddenly, the media hate-storm came to a halt. There was a sense of urgency, from the moment of his arrival on a sodden Stamford Bridge turf.

His first touch was a crisp pass to put Nicolas Anelka in on goal and just a few minutes later, it was those two who linked up again to break the duck. The irony was in how El NiƱo found his long-lost footing on a pitch where so many had struggled to find theirs.

Torres was back and the Chelsea-faithfuls sensed their number nine had scored the first of many. In the remaining minutes, he showed a sharp turn of pace to beat Wayne Bridge whilst always looking lively with the ball at his feet.

Watch his goal here.

3 ulasan:

  1. kaum minoriti kat malaysia ye doc?
    diorg ingat kita ni 'dewa' cuti ke ape

    BalasPadam
  2. paling kurang pun, kalau saya, saya tetap kata " I have to give u the medicine, just for the sake of record, dan saya charge dia kow kow"..hahhaha

    BalasPadam
  3. Saya boleh beri ubat macam2.
    Saya boleh charged kaw kaw.
    Tapi ianya bertentangan dengan prinsip hidup saya.
    Saya tak jual ubat.
    Saya tak jual MC.
    Ramai yang suruh saya buat begitu.
    Termasuklah wife saya.
    Tapi hidup kena berprinsip.
    Sampai mati akan saya kekalkan.
    Walaupun diugut pukul sekalipun...
    :(

    BalasPadam