Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 April 2011

Aku dan Khutbah Jumaat Minggu Ini



Kat masjid di taman aku, ada dua khatib/imam.
Mereka bergilir2 memberi khutbah pada hari Jumaat.
Yang satu tu, orang lama.
Bacaannya tenggelam timbul.
Doa dan wiridnya macam baca untuk diri sendiri sahaja.
Khutbah dia ikut skrip.
Aku sure terlelap kalau dia yang berkhutbah.
Maaf cakap, langsung tak menarik perhatian.
Imam yang seorang lagi agak muda sedikit.
Dia seorang lecturer di UTM.
Aku suka dengar khutbah dia.
Tajuknya sentiasa terkini dan isi khutbahnya ringkas tetapi sangat mendalam.
Dulu dia bercerita pasal Valentine's Day.
Sampai sekarang aku ingat.
Dia pernah bercerita pasal Gempabumi dan Tsunami.
Sampai sekarang aku rasa takut dan gementar.
Hari ini dia bercerita pasal Umur dan Masa.
Jangan disia2kan umur yang dipinjamkan sementara.
Siap ada tayangan slaid berwarna-warni lagi.
Memang menarik untuk ditonton dan didengar.
Aku rasa serba-sedikit dia dah mengubah kehidupanku.
Syukur Alhamdulilah.
Cuma aku berharap, biar dia seorang yang beri khutbah setiap kali Jumaat.
Jadi ada ilmu yang dapat aku kutip setiap minggu.
Nak tunggu cerita dia tentang tarian Poco Poco.

2 ulasan:

  1. your first photography class arini kanns.. gudluck doc, amik gambo model banyak2 oke.. ekeke

    BalasPadam
  2. en_me,
    tak jadi pergi.
    ada sikit problem.
    lain kali rasanya...

    BalasPadam