Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 April 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit #1:

Seorang pesakit berusia lewat 40-an.
Bekerja di kilang buat kabel lebih 15 tahun.
Kebelakangan ini hampir setiap bulan dia datang ke klinik aku.
Masalah yang sama iaitu sakit perut dan cirit-birit.
Tengok muka pun aku dah tahu masalah dia.
Mesti silap makan punya.
Sakitnya datang awal pagi bila dia sedang bersiap nak ke tempat kerja.
Selepas itu lebih 5 kali dia kena berulang ke tandas.
Kadang2 dalam perjalanan pun dia singgah ke stesen minyak untuk cari tandas.
Dia memang sakit.
Perutnya penuh dengan angin dan bowel soundnya hyperactive.
Dia dah puas berubat ke sana- sini.
Ramai yang kata dia pemalas dan malingerer.
Boss kat kilang pun dah label dia begitu.
Bila dia dah jemu berubat di klinik swasta, dia ke klinik kerajaan.
Bulan lepas, doktor buat OGDS kat dia.
Keputusannya NORMAL.
Doktor suruh buat ultrasound abdomen pulak.
Pun sama jugak, NORMAL.
Doktor kerajaan suruh dia berubat secara tradisional pulak.
Ada ke patut cakap camtu.
Kenapa dia tak buat Colonoscopy dan refer kepada Dietitian?
Pada aku itu lebih afdal banding rawatan tradisional.
Diagnosis aku?
Irritable Bowel Syndrome.
Bukannya malingerer ataupun pemalas seperti kata doktor2 di klinik panel yang lain.

Pesakit#2:

Seorang lelaki berusia 40 tahun.
Berkahwin dan punya 2 orang anak.
Bekerja kilang.
Isterinya menghidap barah usus sejak 5 tahun yang lalu.
Bulan lepas isterinya meninggal dunia.
Dia merasa bersalah kerana isterinya meninggal dunia secara mengejut di rumah.
Dia sibuk bekerja masa itu dan merasa terkilan kerana meninggalkan isterinya.
Bila isterinya meninggal, dia terus berhenti kerja.
Dia mengalami masalah tekanan jiwa.
Jumaat lepas, saudara-maranya membawa beliau ke hospital kerana dia mula meracau2.
3 hari di hospital, dia sekadar makan dan tidur sahaja.
Semalam dia dijadualkan untuk bertemu pakar psikiatri.
Semasa sessi dengan pakar, dia lari keluar hospital.
Saudara-maranya mencari dia di merata tempat.
Akhirnya bertemu juga di sebuah warung makan.
Entah camna, abangnya telah menumbuknya sehingga berdarah hidungnya.
Pihak polis pun dipanggil dan entah camna, mereka sampai di klinikku.
Saudara-mara dan pihak polis menyuruh aku menenangkannya.
Memang betul aku ada rekod mengenainya.
Aku juga yang merujuk isteri dia ke hospital semasa disyaki kanser dulu.
Aku juga pernah merawat anak2 dia.
Tetapi Adjustment Disorder bukan kepakaranku.
Aku jadi serba-salah.
Polis suruh aku buat begini.
Saudara-mara suruh aku buat begini.
Dia pulak nak begini.
Bertambah lagi migraine aku.

2 ulasan:

  1. For patient #1 tu bro..mmg wajib buat colonoscope..itu pun depa tak leh fikir ka???

    -either IBS, atau colorectal CA

    Saya dah biasa sgt jumpa patient CRC ni...jumpa puluhan GP, kata 'angin'..dan 'angin'

    Bila dah buat proper diagnosis, dah terlambat.Dah metastasize..sedara wife saya 3 orang kena CRC..2 dah meninggal..sepupu my cousin pun meninggal pasal CRC..so I really aware about it early sx yg mana ramai doc miss diagnosed/pandang ringan

    BalasPadam
  2. Thanks DaddyZiyyad,
    Nanti saya suruh dia kumpul duit utk buat Colonoscope.
    Awak tahu appointment utk buat USG Abdomen kat HSAJB?
    Bulan September hujung tahun ini.
    Appointment utk Colonoscopy?
    Entahlah...

    BalasPadam