Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 April 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini





Ini bukan selumbar biasa.
Ini kisah benar tapi sukar nak dipercaya.
Seorang lelaki berusia awal 40-an.
Pernah jatuh terduduk dan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.
Bermacam2 ubat moden dan tradisional dicubanya.
Tetapi sakitnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Lalu dia pergi berubat dengan seorang hamba Allah di Batu Pahat.
Dia merawat dengan memasukkan duri nibung di sebelah kelengkang kaki kanannya.
Alhamdulilah sakitnya beransur hilang dan dia kembali sihat.
Dia diberitahu duri nibung itu akan keluar dengan sendirinya.
Setahun sudah berlalu.
Kaki kanannya mula sakit dan sengal2.
Kawasan duri nibung mula mengeras dan kejang.
Tok Bomoh yang memasukkannya menyuruh dia ke hospital.
Tapi dia segan nak ke hospital.
Dia tak tahu macamana nak cerita dengan doktor di hospital.
Lalu dia pun bercerita dan slow talk denganku.
Mula2 aku enggan nak buat tetapi mengenangkan kesungguhan dan penderitaannya,
aku pun sanggup melakukannya.
Tapi banyak syarat dan pantang larangnya aku beritahu dia.
Ayam KFC Hot & Spicy satu bucket,
PizzaHut Super Supreme family size dua,
Satay Kajang Hj Samuri 30 cucuk.
Mainan Rio McD Happy Meal satu set.
Selepas segalanya sanggup dipatuhi barulah aku memulakan operasi pembedahan.
15 minit membaca jampi mantera, akhirnya aku jumpa duri nibung itu.
Sungguh gembira dia bila aku telah berjaya.
Dia ada tunjukkan x-ray tulang belakang dia kat aku juga.
Alignment tulang belakang dah lari,
Osteophytes dihampir setiap ruas tulang belakangnya.
Juga 4 batang jarum halus ada kelihatan.
Kalau yang ini, aku tak boleh nak keluarkan.
Ilmu aku tak sampai tahap itu lagi.
Tok Guru tak sempat ajar masa bertapa dulu.


7 ulasan:

  1. hohoooo

    ngape dia tak suruh tok bomoh tu kikis osteophytes skali?
    aduyaiiiii.. bertambah2 penyakit dibuatnya

    BalasPadam
  2. 4 batang jatrum halus? u mean something like susuk??

    hehehe...banyak betul pengerasnya,alang alang baik mintak lens L aja..ekekkee

    BalasPadam
  3. tengok selumber teww pown dah jadik sakit.. uhuhu

    BalasPadam
  4. Saya kata susuk,
    tapi pesakit tak mengaku.
    Jadi saya tak pening kepala nak keluarkan yg tu.
    Tapi kalau nak jugak,
    memang L-lens lah saya nak pengerasnya...

    BalasPadam
  5. kalau dia tak ngaku..
    siapa lah pulak yang masukkan susuk tu..??
    pelikk... :)

    selumbar nibung tu tak infected ke?

    BalasPadam
  6. saya penah kene selumbar masa kecik. dokter potong kulit pehe utk keluarkan selumbar tu. berparut sampai sekarang.

    BalasPadam
  7. Masya Allah! panjangnya duri nibung tuh.Eee...gerun sy tgk. Orang tua mmg mcm tuh,kebanyakkan dorang berikhtiar dgn cara kg dulu..bila dh sakit baru nak cari doktor.

    BalasPadam