Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 April 2011

Aku dan Maharaja Lawak


Dah 2 minggu berturut2 aku tengok rancangan ini.
Walaupun program Raja Lawak aku jarang tengok,
Tapi yang ini aku mesti tengok.
Aku masih minat kat lawak2 Nabil, Jizan, Johan dan juga Sepah.
Aku juga minat kat Mamat Khalid yang jadi pengkritik tetap.
Walaupun dia gagap dan kritikannya kadang2 sukar difahami,
tapi dia tetap lawak.

2 minggu ini Nabil tetap maintain.
Lawak bersiri dia tentang salesman jual kalender bergerak memang lain daripada yang lain.
Walaupun dia solo, dia masih dapat mengawal stage.
Cerita mengenai lalat jadi sebab makanan cepat sejuk memang kelakar.
Prop spray api tu memang hebat.
Aku rasa dia boleh menang.

Minggu lepas, Jozan kena kutuk habis dengan Mamat Khalid.
Mungkin mereka over confident jadi lawak2nya biasa2 sahaja.
Klise kata orang seni.
Tapi malam tadi, mereka jadi Yusuf Haslam dan anaknya Samsul.
AC Mizal pun terpaksa join sekali dalam lawak mereka.
Panjang sungguh komen Mamat Khalid malam tadi.

Team Jambu memang mengejutkan.
Lawak2 mereka sangat2 selamba.
Mimik muka Yus memang menjadi.
Mamat Khalid pun terpegun.
Kalau mereka boleh maintain, ada harapan menang.

Aku tak berapa minat kumpulan Sepah.
Lawak2 mereka kasar.
Tetapi punchline mereka menjadi.
Minggu lepas mereka jadi doktor dan pesakit.
"Kalau perut banyak angin, jangan makan benda2 berangin seperti ubi"
" Satu lagi, jangan makan kipas angin!"
Minggu ini mereka jadi banduan dalam penjara.
Masih banyak punchline tetapi topik mereka tak meluas.
Ahmad Idham suruh mereka kembang dan variasikan lagi.

Yang tak menarik mengenai Maharaja Lawak:
  1. AC Mizal tak sesuai jadi pengacara. Kena cari orang lain. Sharifah Shahira/ Kak Engku lagi best rasanya. Tapi aku suka sindiran Nabil dan Jizan kat dia. Isu gelang magnet dialah, apa lagi.
  2. Dah 2 minggu masih tiada penyingkiran. Peserta2 seperti Amir, Jihan, Alex, Wai dan XN3 patut dikeluarkan beramai2 sekaligus. Pada aku mereka sekadar mencacatkan program ini.
  3. Lawak2 kasar dan isu2 sensitif seperti cerita bapak yang dah mati oleh Kumpulan Wai dan cerita tandas awam oleh Alex tak sepatutnya dilawakkan. Ayat2 double meaning seperti cocok dan burung pun sama. Geli telinga aku mendengarnya.
  4. Amir dan Jihan langsung tak lawak. Sakit telinga aku nak dengar cerita mereka. Bosan habis.
  5. Iklan banyak sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan