Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2011

Aku dan Pesakit Zaman Sekarang



Kisah benar No 1:

Seorang lelaki berumur awal 50-an. Duduk di kampung. Bekerja sebagai peniaga buah yang agak berjaya. Kebelakangan ini dia merasa mudah letih, sakit2 seluruh badan, cepat mengantuk dan asyik buang air sahaja. Isteri dia membawa dia ke seorang bomoh kampung yang dikenalinya. Dah nama bomoh. Diagnosisnya senang aje. Takkanlah nak kata sakit jantung atau kanser. Ada 'orang jauh' yang tak senang hati dengan kejayaan bisnesnya. Jadi dihantarnya 'barang' kat dia. Air jampi diberi sebagai penawar dengan diminum dan dibuat mandi.

Selang seminggu, keadaannya masih tak berubah. Isterinya membawa beliau ke bomoh lain yang kononnya lebih hebat. Diagnosisnya lebih kurang sama sahaja. Tapi kali ini bukan 'orang jauh' tapi 'orang dekat' pulak. Orang dekat maksudnya sedara-mara yang juga iri hati dengan kejayaan perniagaannya. Seperti biasa, ubatnya sekadar air masak yang dah dijampi dibekalkan untuk mandi dan minum.

Minggu berikutnya, anaknya yang bekerja di bandar balik ke kampung untuk melawatnya. Tanpa berlengah anaknya membawa beliau ke klinik swasta yang berhampiran dengan rumahnya. Diagnosisnya, Diabetes mellitus ataupun Kencing manis. Rawatannya, makan ubat untuk sepanjang hayat. Selain itu, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Bukannya sakit buatan orang jauh ataupun orang dekat yang irihati dengan sedikit kekayaan yang dia ada.

Malangnya, dia tak percaya 100% cakap2 doktor moden. Masih juga dicari doktor2 kampung dan bomoh2 yang lebih handal untuk membuang benda2 yang telah dikirim kepada dia dan keluarganya. Dia jarang makan ubat2 moden. Kesudahannya, matanya beransur2 hilang fungsinya begitu juga dengan buah pinggangnya. Tahun lepas beliau meninggal dunia selepas beberapa bulan menjalani hemodialisis.

Kisah benar No 2:

Seorang lelaki berusia awal 40-an. Dia seorang peneroka felda. Selain ke kebun, dia juga seorang yang rajin membuat kerja2 sampingan dengan berniaga kecil2an. Pada suatu hari dia mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke hospital. Doktor kerajaan mengesahkan dia ada masalah injap jantung dan fungsi jantungnya semakin merosot. Dia dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur. Dia tak sanggup berpisah dengan keluarganya dan takut mati di rantau orang.

Sementara dia berfikir membuat keputusan untuk ke KL, dia perlu makan berjenis2 ubat untuk mengekalkan kesihatan jantungnya. Malangnya, dia memilih untuk berubat secara tradisional dengan mencari bomoh2 yang pandai sekitar daerahnya. Pantang ada dengar bomoh yang bagus, dia mesti pergi meminta air jampi daripadanya. Rasanya semua jiran2 dan saudara-maranya yang jauh dan dekat pasti serba sedikit dituduh oleh bomoh berkonspirasi untuk memusnahkan hidupnya. Istilah hantar barang, tanam barang, dengki, khianat dah jemu didengarnya tetapi dia masih juga percaya. Kalau dikumpul wang saguhati yang diberi kat bomoh2 temberang tu, rasanya sebuah rumah banglo dah boleh dibuatnya. Wang itu juga jika dikumpul, dah boleh diguna untuk membiayai kos rawatan dan mungkin pembedahannya.

Bila dia sibuk berubat ke sana sini, ubat2 hospital dan follow up dengan doktor2 kerajaan jadi tunggang-langgang. Ini menyebabkan kesihatannya semakin merosot. Jantungnya semakin membengkak dan fungsinya berkurangan. Nafasnya semakin pendek, kakinya mula membengkak, matanya mula kekuningan dan dia langsung tidak boleh tidur baring diwaktu malam. Ada bomoh muda daripada Indonesia yang boleh menurun dan bertukar suara memberitahu ada benda ditanam didepan rumahnya. Benda itu perlu dibuang dalam perigi buta di hujung kampung. Dia meminta bunga daripada 7 jenis pokok yang berbeza sebagai pengeras sebelum membuang benda tersebut. Wang saguhati sekurang2nya 100 ringgit. Ada juga bomoh lain yang menyatakan dia ada penyakit batu karang sebab matanya dah kuning. Dia buat pembedahan tanpa pisau dengan mengeluarkan 3 biji batu tanpa sakit atau ubat bius. Hebat sungguh lakonan mereka.

Lelaki ini akhirnya bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur selepas kesihatannya semakin merosot. Seminggu dia di wad HKL tetapi doktor tak buat apa2. Sekadar beri ubat setiap pagi dan petang dan tiada pun yang beritahu dia pasal rawatan jangka panjang. Setiap hari berduyun2 medical student datang nak mendengar abnormal murmur kat jantungnya. Dia minta balik kerana bosan tiada apa2 yang berlaku. Dua tahun kemudian beliau meninggal dunia akibat kegagalan fungsi jantung. Setahun selepas kematiannya, sepucuk surat daripada IJN diterimanya. Segala2nya telah terlambat.

Kes2 ini adalah sekadar contoh. Ada banyak lagi cerita2 benar yang aku sendiri saksikan. Walaupun dunia dah semakin moden, orang2 kita masih lagi percaya dengan benda2 tahyul dan khurafat sebegini. Memang susah nak menyakinkan orang2 tua bahawa penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung tu tidak boleh sembuh. Sakit2 lutut, sakit pinggang, kebas2 tangan adalah satu proses penuaan. Penyakit2 ini tiada langsung berkait dengan sihir, santau, iri hati dan sebagainya. Aku tak nafikan ada juga kes2 santau dan sihir berlaku tetapi bukan ini tanda2nya.

Sememangnya sukar untuk meyakinkan orang2 yang berpenyakit bahwa penyakitnya adalah satu proses yang berterusan yang perlu makan ubat untuk selama2nya. Mereka masih menganggap bahawa penyakitnya seperti demam dan batuk sahaja. Makan ubat sekali dua dan boleh terus sembuh. Mereka pasti akan terus mencari ubat sakti yang boleh menyembuhkan mereka. Sebab itu ubat2 dan herba2 supplement sangat laris kerana ianya kata boleh menyembuhkan sedangkan ubat2 moden sekadar mengawal penyakit. Mesin2 medan terapi, vitamin2 MLM yang harga beratus2 ringgit sanggup dibelinya kerana menurut testimoni, ianya boleh menyembuhkan semua jenis penyakit. Ditambah lagi dengan dakyah2 orang2 MLM yang menyatakan ubat2 moden mengandungi racun dan boleh membahayakan kesihatan sebab dimakan berterusan. Ubat2 moden tidak boleh dicernakan sepenuhnya dan berkumpul dalam badan bertahun2. Nanti buah pinggang boleh rosak, hati boleh rosak.

Aku agak kecewa termasuk dengan bapakku sendiri. Setiap bulan aku bekalkan ubat untuk penyakit sendi lututnya. Ujian darah dah confirmkan penyakitnya dan dia perlu makan ubat2 secara berterusan untuk mengurangkan kesakitan dan membolehkannya bergerak dengan mudah. Tetapi dia masih tak percaya. Dia masih percaya dengan cakap2 kawan2nya. Dia masih percaya ada orang yang dengki dengannya. Dia masih pergi berjumpa bomoh2 yang disyorkan oleh kawan2nya. Ubat moden dimakan ikut suka. Ada kawannya kata ubat moden tak boleh makan hari2. Nanti lagi teruk penyakitnya. Aku pernah sekali meninggi suara dengan bapakku kerana duit bulanannya diguna untuk membeli jus Monavie yang berharga 160 ringgit tu. Itulah sekali aku marah bapakku dan selepas itu aku dah tak kuasa nak menegah dia nak buat apa. Itu kepercayaan dia. Dia lebih percaya kawan2 dia banding anaknya. Dia nak duduk atas pad karan setiap haripun lantaklah. Dia nak minum air jampi setiap hari pun lantaklah. Dia masih nak hisap rokok pun lantaklah. Buatlah apa sahaja asalkan dia bahagia. Aku tak rela jadi anak derhaka.

6 ulasan:

  1. Monavie tu mesti MLM kan!!!
    mesti cha ya nun alip yang kaya..

    BalasPadam
  2. Rajin2lah baca review Dr Aidid Muaddib kat blog dia.
    Jus Monavie satu drpnya.
    Pakcik pun anti-MLM ni...

    BalasPadam
  3. selalu baca... :)

    jumpa kat blog ni lah.. :)

    BalasPadam
  4. salam doktor,

    ya allah, doktor sikap ni yg susah nak dibuang.

    cth mak mertua saya..

    kene kayap kat kepala pegi doktor dapat ubat. tapi ubat bomoh juga yg digunakan.(bedak sejuk yg digiling dgn kulit kayu apa tah).

    bila x baik kebomoh lagi. kali nih bomoh kata ada KANSER tgh cari tapak dlm badan..

    bomoh kata boleh makan bubur nasi gula ajer. segala sumber protien x boleh makan, itupun dia ikut jugak.. apa yg kami sarankan dia mkn dia tolak mentah2.

    jadi sekarang ni, kami redha ajerkan dia nak buat apa, bak kata doktor zoul, mls nak bising2 takut jadi derhaka..

    --mrs nazri--

    (maaf panjang sket luahan hati ini)

    BalasPadam
  5. Mrs Nazri,

    Rasa frustrated yg amat sangat kan?

    Semalam adik saya hantar SMS.
    Bapak mintak tolong hantar ke Pontian.
    Dia nak pergi berubat lagi...
    Hmmmm...malas betul nak layan.

    BalasPadam
  6. salam ziarah.
    arwah bapak saya dulu lumpuh sebab xcident .
    bukan setakat bomoh, doktor dan segala macam org yg pandai mengubat semua kami bawak pergi jumpa dgn harapan akan sembuh. tp nak ditakdirkan mmng dia x sembuh jugak.. dan kami pasrh.. sampailah dia meninggal 13 thun selepas tu.

    dan apa yg saya kesal, dgn bomoh2 yg konon2nya pandai mengubat dan cas mahal.. padahal apa pun tak ada.. mungkin jugak itu kuasa Allah.. tp bila dah sakit, semua org kami jumpa dgn harapan untuk sembuhkan arwah bapak tu.

    tp sangat sakit hati bila ditipu dan dianiaya.. dahlah kami ni org susah.. makan pun kais pagi makan pagi.. bila ditipu hanya Allah je yg tahu hati kami ni..

    eh, terluah perasaan kat sini pulak.. hehe..

    BalasPadam