Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 April 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini



Ada seorang kakak berumur pertengahan 40-an.
Dia seorang guru sekolah rendah.
Punya anak seorang.
Sejak 2007, tekanan darahnya tak pernahnya turun.
Macam2 alasan diberikan.
Kurang tidur, penat, jalan jauh, balik kursus.
Susah betul nak suruh dia makan ubat.
Hari ini dia datang lagi mengadu sakit kepala.
Tekanan darahnya mencapai 170/100mmHg.
Dia masih degil tak nak makan ubat darah tinggi.
" Kalau dah makan kena makan sampai bila2 kan? "
" Kakak tak naklah. Nanti tak boleh nak berhenti. "
" Takpalah. nanti kakak balik tanya suami dulu. "
Itu antara jawapannya.
" Suka hati kakaklah."
" Kakak pun orang berpelajaran. "
" Kakak ingat kalau kakak dah kena angin ahmar dan mati sebelah badan, suami sanggup jaga kakak ke? "
" Kalau buah pinggang kakak dah rosak, kena pergi dialisis hari2 suami masih nak tanggung ke?"
" Ini diri kakak. Ini kesihatan kakak. Ini masa depan kakak."
Kenapa perlu tanya suami dulu untuk makan ubat darah tinggi?
Itu yang aku masih tak faham sampai sekarang.

7 ulasan:

  1. Ini bukan taat dah namanye, pelikkk

    BalasPadam
  2. suruh dia tanya jugak ...
    sanggup tak dia jaga dan tukar diaper Akak tiap2 kali buang air besar kecik bila Akak kena stroke nanti ??! bagi makan ikut tiub kat hibung tiap-tiap hari..

    dan jangan lupa..
    suruh dia sain
    ' saya tidak mahu makan ubat atas kehendak saya sendiri dan saya tidak akan mengambil tindakan ke atas Doktor saya kiranya apa-apa berlaku kepada saya kerana ini adalah kehendak saya sendiri'


    ( :) works every time ! )

    BalasPadam
  3. saperlar x sayang bini doc.. tapi ader kan.. kanns..

    BalasPadam
  4. ni ler spesis degil tak boleh nak di ajar dah

    BalasPadam
  5. Kalau makcik tua yang tak bersekolah tu OKlah.
    Ini cikgu sekolah dan berpendidikan.
    Dah tahu pasal sakit darah tinggi dan kesan2nya.
    Tapi taat setia kat suami tahap gaban.
    Suaminya yang tak beri makan ubat darah tinggi.
    Kira engkar ke kalau dia nak makan ubat jugak?
    :(

    BalasPadam
  6. Saya ada seorang pesakit.
    Pegawai di sebuah bank.
    Dia obese hampir 100kg beratnya.
    Ada HPT, DM, High Cholesterol.
    Pernah buat CABG 4 tahun lepas.
    Dia ni pun degil jugak.
    Langsung tak beringat pasal makan dan diet.
    Walaupun penyakitnya cukup satu set,
    dia langsung tak pernah nak control diet.
    Kalau tanya dia, semuanya tak makan.
    Cuba tanya isteri dia.
    " Tolak kayu dan batu aje Doc!"
    Sekarang ni dia dah menghampiri ESRF.
    Tunggu saat dan ketika untuk buat dialisis.
    Umur baru 56 tahun.
    Sedih.

    BalasPadam
  7. Tapikan dr pasal obese ni. Saya penah tanya kawan saya kenapa susah nak control makan , dia jawab kenapa orang ketagih rokok?

    Dia xdapat control makan sama dengan cara orang yang xdapat control rokok.

    Macam tu la maksud dia.

    Ketagih dari dua benda yang berbeza.

    BalasPadam