Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 April 2011

Aku dan Terapi Medan Elektrik


Daripada tahun lepas lagi, pakcik2 dan makcik2 kat kampung aku dan kampung mertua aku dah sibuk dengan terapi medan elektrik. Rawatan/terapi ini diberi percuma kepada orang2 kampung di mana ianya disponsor oleh wakil rakyat kawasanku. Bermula dengan kampung mertua aku dan selepas 2 bulan, mereka berpindah ke kampung bapak aku pulak. Disebabkan ianya percuma, maka setiap pagi berduyun2lah orang2 kampung yang banyak penyakit datang ke pusat rawatan. Kononnya dengan duduk di atas pad elektrik selama 20 minit sehari, semua penyakit akan hilang.

Bapak mertua aku ada sakit lutut yang kronik. Doktor pakar dah sahkan, hanya pembedahan mengganti lututnya sahaja yang boleh menyembuhkannya. Ubat2an moden perlu dimakan setiap hari sekadar untuk mengurangkan kesakitan. Bila dengar cerita kawan2nya bahawa penyakitnya boleh sembuh dengan duduk di atas pad elektrik tu, setiap pagi dia tak pernah missed untuk hadir. Di sana, dia dilayan dengan baik oleh anak2 gadis yang muda belia yang sentiasa memberi perangsang kepadanya bahawa kesihatannya dah beransur pulih. Dia juga dipujuk supaya membeli mesin tersebut.

Begitu juga dengan bapakku. Dia juga ada penyakit sendi yang kronik dan berkemungkinan ada Rheumatoid Arthritis. Ujian darah dah mengesahkannya. Dia juga terikut2 dengan kawan2nya untuk duduk atas pad mesin elektrik tersebut. Yang aku bengang ialah staf kat situ suruh bapak aku bawak ubat2an yang dimakannya setiap hari sebab mereka kata ada ubat yang lebih memudaratkan jika dimakan setiap hari. Mereka bukannya doktor. Pembantu perubatan juga bukan. Nurse pun bukan. Mereka mungkin hanya lulusan SPM sahaja tetapi berani memberi ilmu2 sesat kepada orang2 kampung tentang kesihatan dan rawatan. Nasib baik emak aku sorokkan ubat bapak aku. Bapak aku lebih percaya cakap2 kawan2 banding anak sendiri. Walaupun aku sekadar doktor cabuk aje, pelajaranku lebih tinggi banding anak2 muda yang menjaga pusat rawatan elektrik tersebut. Tetapi, apakan daya. ijazahku tak diiktiraf di kampungku.


DrHealth 9000 terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati tanpa perlu untuk mengambil sebarang sokongan ubat-ubatan.

Ini dakwaan mereka. Satu mesin sakti yang boleh merawat semua jenis penyakit tanpa perlu makan ubat. Siap dengan perlindungan insuran sejuta ringgit. Padaku ini satu pembohongan dan sangat berbahaya kepada kesihatan dan masyarakat. Bila orang ramai percaya bahawa dengan duduk atas karan elektrik setiap hari, badan akan jadi sihat mereka pasti tidak akan menjaga kesihatan mereka. Mereka dikhuatiri akan berhenti memakan ubat2an mereka. Bila ini berlaku kesihatan mereka akan semakin terjejas dan bila komplikasi berlaku, barulah mereka sibuk nak kembali ke klinik/hospital. Pada masa itu mungkin semuanya dah terlambat. Buah pinggang mungkin sudah rosak, mata juga mungkin dah hampir buta dan serangan stroke mungkin telah berlaku. Siapa yang patut disalahkan? Boleh ke claim insuran wang satu juta tu?

Apa Itu Terapi Medan Elektrik?

Terapi Medan Elektrik adalah satu kaedah rawatan yang baru di Malaysia. Kaedah rawatan ini dilakukan adalah dengan pesakit duduk diatas satu keping PAD yang dipanggil Mattress dan disambungkan satu unit mesin yang mana ia akan membekalkan arus elektrik statik kedalam badan pesakit. Arus Elektrik yang masuk kedalam badan akan membawa ion-ion positif dan negatif yang mana ia sangat diperlukan didalam setiap sel-sel didalam tubuh kita.

Rawatan Terapi Medan Elektrik Ini boleh diibaratkan seumpama kita mengecas kembali badan kita dengan arus elektrik statik. Ini kerana kadar penggunaan caj-caj ion positif dan negatif didalam badan kita sangat tinggi dan sentiasa diperlukan.

Aliran elektrik yang masuk kedalam badan pesakit ini tidak akan mengejutkan pesakit kerana arus yang masuk adalah arus statik yang mana ia sesuai untuk perubatan. Antara fungsi-fungsi arus statik yang masuk kedalam badan adalah untuk:

1. Membersihkan Saluran Darah
2. Membersihkan/Mengembalikan nilai PH darah dari berasid kepada Beralkali
3. Menyelaraskan kembali sistem saraf tidak terkawal didalam badan.
4. Meningkatkan kembali daya ketahanan badan.

Berikut adalah pendapat doktor perubatan yang aku jumpa dalam internet.

Dr Low Lip Ping, Chairman of the Singapore Heart Foundation, said:

"There is no scientific evidence that there is any benefit from electrostatic therapy. "The benefit is largely psychological, there is the well known-placebo effect. For example, you give somebody placebo, in other words medication that has no effect to the person, and his blood pressure can decrease to some extent."

Dr Muruga Vadivale a.k.a "Cyberdoc" said:

So do I say that the device is a fake? Well lets apply the FDA guidelines. First, it sounds too good to be true. Second, it seems that this one product does it all. This two points by itself says enough. There are others down the list that it also meets. I echo the sentiments made by Dr Low Lip Ping, Chairman of the Singapore Heart Foundation, that it is a placebo effect. My main concern is the safety aspect. Most of all it should do no harm. No harm by itself and no harm by giving a false sense of security to patients in making them stop their medication. If the device claims medical properties or claims, it must than be measured by the same yard stick for scientific credibility. Evidence based medicine has to be applied. Double-blind, placebo controlled studies will clear all doubts as did in the case of Perkins tractors. John Haygarth was one of the first to do a placebo controlled trial on the claims made by Perkins tractors. It was shown that it does not work. When medical claims are made is not simply just proof of efficacy but most important proof that it is safe in humans- both short term and long term. The quotation by Richter cartoon caption, says it all for this device except currently there are available medical treatment for most diseases. Lets hope common sense prevail.

Dah 2 hari aku cari dalam Google. Tak jumpa pun bukti2 saintifik menyatakan pengaliran arus elektrik dalam badan boleh menjadikan manusia lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Benda alah ni dah lama berada di pasaran. Di Singapura bermula daripada tahun 2005 lagi. Cuba anda baca suratkhabar Metro. Hari2 ada aje iklan menjual mesin ini. Harganya bukan murah. Antara 6 ribu hingga 12 ribu ringgit sebuah. Keberkesanannya? Sekadar placebo effect. Apa itu placebo effect? Kita akan rasa sihat bila kita rasa kita sihat. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimana keadaan bapak dan bapak mertuaku sekarang selepas 2 bulan menjalani rawatan medan elektrik? Alhamdulilah. Mereka makin sihat dan boleh berjalan tanpa tongkat. Malah boleh berlari dan bermain futsal dengan anak cucunya. Kalau dulu bapak dan bapak mertuaku boleh sembahyang berdiri kini tak lagi. Mereka dah tak perlu berdiri lagi kerana pada mereka, sembahyang duduk lebih selesa dan tidak menyakitkan.

Kesimpulannya? Ianya satu pembohongan dan sekadar dakyah untuk mengaut keuntungan daripada perniagaan.
http://4.bp.blogspot.com/_7qHWiNcFDSw/TRwg8M6FL9I/AAAAAAAAAyk/Jq0kiXUmGO4/s1600/image001.jpg


5 ulasan:

  1. kadang kadang sakit hati bila diorang pengaruhi ibu ayah kita, pastu cakap nak betul jek.

    yang ibu saya orang suggest ada infra red bagai. pastu ibu bila dia percaya, dan dan la rasa macam sihat sungguh. sbenarnya sama jek saya tgk. haihh!

    BalasPadam
  2. bukannya murah !! main ribu-ribu ringgit tu!!yang mak saya nak beli 11 ribu! 'nak bincang dengan anak-anak..boleh share..'
    datang anak dia yang macam Singa.. kensel!!

    .
    placebo je kan...

    BalasPadam
  3. i bengang tau, kenapa la dok percaya benda mcm gitu..

    BalasPadam
  4. kat sini 1 lagi
    http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/aku-karen-ko-karang.html

    YB pun satu hal pi sponsor benda macam ni buat apa? haruslah pengikut yang taat setia akur. Kalau nak pancing hati (dibaca sebagai 'undi') pun patut2 la, ni bukan beri kebaikan tapi nambah bala..kat Parlimen Pulai pun dah promo benda ni juga dan disponsor juga.

    kalau mesin 'made in China' ni sesungguhnya berkesan, KKM mesti dah guna utk rawat pesakit...jimat wang pembayar cukai pasal tak perlu beli alat2 yang mahal & canggih, banyak hospital baru boleh dibuka..cuma siapkan katil dengan mesin ajaib ni 100 biji (tapi beli direct la dari kilang china baru murah) hari2 karen je pesakit2, doktor boleh goyang2 kaki sikit..doktor klinik & hospital swasta pulak kena tutup klinik...join MLM..haha

    Benda ni memang auta la...kenalan saya di Kt Tinggi hari2 pegi karen..rajin betol..masa kena tahan kat wad dia lari...la ni tak baik2 pun sakit dia..kena promote beli mesin tu ada la..

    haishhh...orang kita bab makan ubat memang takut...nak mudah je..duduk atas karen je lagi senang kan?..sebab tu mudah ditipu!! Nak ayat fakta benar tentang kesihatan ni memang susahkan Doc Zul? Tapi kalau bukan pro berpengetahuan macam Doc yang beritau siapa lagi nak diharap? Teruskan usaha murni memberi kesedaran walaupun mereka 'angguk depan geleng belakang'..at least tanggungjawab disisi agama dah lepas...

    pakmat
    JB

    BalasPadam
  5. terima kasih pakmat.
    jangan lupa undi kerajaan ya?

    BalasPadam