Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 April 2011

Aku di Hotel Katerina Batu Pahat




Ini kali kedua aku menginap di hotel ini.
Kali pertama sekitar tahun 2002.
Masa tu aku masih kerja dengan kerajaan.
Kena jadi wakil pengarah hospital untuk attend seminar di Hospital Batu Pahat.
Rasanya hotel ni mula dibuka pada tahun 1998.
Tapi jadi famous bila ada orang buat video dari bilik hotel ini.
Lobby nya luas dan selesa.
Layanan receptionistnya bagus.
Lifnya lancar.
Tempat parkingnya senang.
WiFinya pantas.
Daripada tingkat 12, pemandangan bandar Batu Pahat cukup luas.
Tapi biliknya agak menghampakan.
Semuanya masih guna peralatan2 lama.
Cadar, langsir dan karpetnya dah pudar warna.
TVnya pun bukan jenis flatscreen atau LCD.
Kolam renangnya aku tak sempat nak try.
Menu sarapan paginya biasa2 sahaja.
Pekerja2 di sini semuanya berbangsa Melayu.
Yang kat depan semuanya warga senior.
Naik segan aku bila mereka asyik bukakkan pintu untuk aku.
Keseluruhannya aku beri 7/10.


2 ulasan:

  1. yang bestnya, dah kantoi pun masih boleh jadi Presiden parti...:)

    BalasPadam