Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 April 2011

Aku di Wet World Batu Pahat



Sebelum balik, aku singgah di Wet World Batu Pahat.
Kira2 10 minit aje daripada bandar.
Walaupun hujung minggu, suasananya lengang.
Masa masuk dah kena bayar parking 2 ringgit.
"Beberapa tempat termasuk gelongsur tak boleh main.
Sedang di ubah suai."
Itu kata adik kerani yang menjaga pintu masuk.
" 1 Mei nanti baru boleh main. "
Apa nak buat, dah sampai.
Nak tak nak kena masuk jugak.
Tapi harga tiketnya tetap sama.
RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak2.









Seronok jugak main ombak di tengah suasana panas terik.
Dapat jugak melapangkan fikiran.
Juga menggelapkan kulit yang sememangnya dah gelap.
Wet World Batu Pahat dan kelebihannya;
Airnya bersih dan tak berbau klorin.
Persekitarannya pun bersih dan terjaga.
Bilik airnya pun sama.
Ada siaran radio SinarFM terus-menerus.
Cuma harga makanan di sini agak mahal.
Dan anda tak boleh bawa makanan masuk.
Jadi, kenyangkanlah perut dulu sebelum masuk.


3 ulasan:

  1. sebab tak boleh bawak masuk makanan kannn!!!!!
    :)

    BalasPadam
  2. Kat mana2 tempat mandi pun sama.
    Tak boleh bawak masuk makanan.

    Paling mahal makanan ialah di Afamosa Melaka.
    Paling murah dan sedap di Bukit Merah...

    BalasPadam
  3. tq laa bro... ada gak info pasal wet world bp ni..
    esok aku bawak anak2 n bini aku pi sana laa...
    dah lama tak jalan2... info2 camnie banyak2 kan lagi... melaka ke mana2 je laa yg ko rasa best. aku sgt tak amek tau pasal port2 camni... hahaha busy keje je.. tq so much!

    BalasPadam