Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 April 2011

Aku Ada Adik-Beradik Tiri







Sebelum abah berkahwin dengan emakku,
abah dah pernah berkahwin dengan perempuan lain.
Aku tak pernah tanya kenapa mereka bercerai.
Mereka dikurniakan 3 anak: Johari, Rashidah dan Juahir.
Sebelum ini aku tak pernah kisah kalau aku ada emak tiri dan adik-beradik tiri.
Mungkin emakku yang kisah.
Jadi hubungan kami tak pernahnya rapat.
Aku dengar cerita2 yang negatif sahaja.
Kini masing2 dah berusia dan punya keluarga sendiri2.
Jadi tiada apa yang menjadi halangan untuk aku menyambung silaturahim.
Hari ini aku pusing sekitar pekan Parit Yusuf, Parit Kelantan dan kampung2 sekitar Bt 18 Ayer Hitam untuk mencari saudara2ku yang dah lama tak jumpa.
Selepas bertanya dengan beberapa orang,
akhirnya aku jumpa juga tempat yang nak dituju.
Tercapai juga hajat abah nak jumpa anak2 dan cucu2nya.
Melihat adik-beradik tiri aku, ibarat melihat cermin.
Ibarat melihat abah, adik-beradikku malah diriku sendiri.
Ada beberapa ciri persamaan dari segi fizikal malahan emosional.
Yang positif juga yang negatif.
Raya hujung tahun ini,
aku pasti akan datang kembali.
Walaupun tanpa abah dan emak.
Ini saudara-mara aku.
Anak2ku perlu kenal dan tahu sejarah saudara-mara mereka.
Minggu depan ada perjumpaan dengan saudara Cina emak mertua aku pulak.

4 ulasan:

  1. selamat mengukuhkan ikatan silaturrahim doc. taktau kenapa saya rasa doc ni org yg sensitive. tu pendapat saya la~

    BalasPadam
  2. so bro ada 3 adik beradik tiri...

    BalasPadam
  3. gB,
    saya tak mengaku saya sensitif.
    tapi saya rasa awak betul.

    BalasPadam
  4. DZ,
    betul.
    plus ada seorang lagi.
    emak tiri pernah berkahwin lain dan ada seorang anak lelaki.
    umurnya sebaya dengan saya.

    BalasPadam