Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 April 2011

Aku Tak Ke Sabah Bah



Pukul 7 pagi ini aku hantar wife ke Senai Airport.
Dia dan kawan2 sepejabat nak ke Sabah.
Ada Lawatan Kerja selama 4 hari 3 malam.
Termasuk mendaki Gunung Kinabalu gamaknya.
Bermakna aku ditinggalkan lagi.
Bersama2 beban kerja juga anak2 yang tak pernah kenyang.
Nasib baik hujung minggu.
Taklah kelam kabut sangat.
Tapi hari ini dah spoilt.
Aircond kat klinik dah tak sejuk.
Dah lebih setahun tak diservis.
Lepas tu ada mamat Indon 15 orang nak buat pemeriksaan Fomema.
Nasib baik bukan mamat Bangla yang baru balik kilang.
Bila suruh bukak kasut, pengsan semua staf aku.
Salam berhujung minggu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan