Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Aku dan Salih Yaacob

Imej
Aku bukannya nak cerita pasal kehebatan dia.
Aku juga bukannya nak cerita pasal karakternya.
Tapi aku tak sangka bini baru dia orang Kulai.
Orang kampung aku tu.
Masjid Jamek Kulaijaya tu dekat bebeno dengan rumahku.
Kenapa aku tak tahu?
Kenapa aku tak dijemput hadir?
Kalau aku tahu,
aku pasti datang bawak lens paling panjang aku.
Aku juga nak temuramah dia.
Nak tahu rahsia2, petua2 dan ilmu2 yang diamalkannya.
Dia bukan sahaja kaya dengan isteri,
dia juga kaya dengan anak2.
Dan kini aku baru tahu dia juga kaya dengan wang ringgit.
Cuba korang tanya dia,
SPM dia dapat berapa?
Tak perlu score 8A + untuk berjaya sebegini.
Tak perlu bising2 mintak biasiswa nak ke luar negara.
Tahniah Pakcik Salih aka Abang Jem, Wak Jawa, Mak Neng etc.


KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam. Salih diijabkabulkan d…

Aku dan Maharaja Lawak Minggu 9

Imej
Maharaja Lawak Minggu 9.
Ada pelawak2 jemputan.
Hanya persembahan Jambu yang best.
Walaupun Achong Sweetchild tu bukan comedian,
tapi dia boleh ngam dengan Jambu.
Apek dan Ahmad Idham pun tak boleh nak komen.
Dah putus urat pankreas kata Apek.
Yang lain2 semuanya hancur.
Nabil pun dah patut kena keluar.
Dah takda idea baru dah...



Minggu ini ada kejutan lagi.
Program ditambah 3 minggu lagi sebelum final.
Ada buat roadshow kat Penang, Kuantan dan JB pulak.
Nak tambah untung kat Astrolah tu.
Tapi kalaulah persembahan macam minggu ini,
baik aku tengok ulangan Masterchef Junior Australia.
Budak2 bawah umur masak lagi sedap...

Aku Jalan-Jalan di Kota Tinggi

Imej
Pukul 12.30, kami check out.
Lepas tu pusing2 sekitar Desaru dulu.
Balik rumah cepat2 nak buat apa?
Kereta agak banyak sebab musim cuti sekolah.
Banyak konvoi hantar pengantin aku jumpa.



Mula2 singgah kat Desaru Fruit Farm.
Banyak bas datang daripada Singapura.
Kalau nak join tour masuk kebun,
kena beli tiket RM20 untuk seorang.
Aku tangguhkan dulu sebab cuaca panas sangat.
Tak berbaloi masuk kebun tengahari buta.
Jadi, beli buah jambu beberapa kilo dan makan dalam kereta.
Lagi best!



Lepas tu masuk ke simpang menuju ke Teluk Sengat.
Ada Crocodile Farm terbesar di Semenanjung Malaysia katanya.
Aku jumpa lokasinya.
Tempat membiakkan buaya2 sahaja.
Dibela untuk kulit dan dagingnya.
Tak berbaloi rasanya bila kena bayar tiket RM8 seorang.
Sekadar tengok buaya2 nganga apa faedahnya?
Aku berpatah balik dan lepak2 depan balai polis Teluk Sengat sahaja.
Tengok laut, tengok jambatan dan orang memancing.



Korang ingat cerita Belangkas Masak Sambal dalam Majalah 3?
Aku jumpa warungnya kat simpang menuju ke Kota Johor L…

Aku di Hari Keluarga PPD 2011

Imej
Hari Keluarga Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya.
Lebih 40 keluarga menyertainya.
Kebanyakkannya bukannya cikgu,
tetapi pegawai2 dan kakitangan pejabat.
Hampir semua aku tak kenal.
Wife pulak sibuk jaga hadiah.
Jadi aku buat hal aku sendiri ajelah.



Inilah wajah Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya.
Tuan Hj Bahrom Ali.
Sebelah tu wife dia.
Ini kira boss wife aku.
Sedap juga dia nyanyi karaoke.











Sambil makan ada selingan cabutan bertuah.
Juga pertandingan Karaoke.
Lepas makan aku cabut ke lobby.
Duduk2 sambil berWiFi.
Anak2 belajar main snooker dan billiard.
Pukul 12 baru balik bilik.

Aku di Desaru Damai Beach Resort

Imej
Bermalam di Desaru malam ini.
Ada Family Day Pejabat Pendidikan Daerah.
Semuanya ditanggung.
Tinggal bawak diri aje.
Wife pulak kena incharged bahagian hadiah.
Jadi kereta penuh dengan hadiah dan hamper.
Semuanya untuk oranglain.
Aku tolong bawakkan aje.



Resort ini taraf 3 bintang aje.
Hotel lama.
Perabot pun gaya lama.
Jadi aku tak nak komplen banyak2.



Pendaftaran pukul 3.30 petang.
Lepas tu aktiviti bebas.
Mandi kolam.
Main pasir tepi laut.
Juga berWIFI di lobby resort.

Aku dan Lu Langsi Lu Mati

Imej
Filem baru MIG.
Arahan Farid Kamil.
Lakonan hebat Shaheizy Sam.
Dapat 7 juta dalam masa seminggu.
Sekarang dah ada di Astrofirst.
Tapi hebat sangatkah cerita ini?



Kalau tengok trailer kat Youtube nampak hebat giler.
Lebih 600 000 orang tengok trailer ini.
Tapi maklumbalasnya mengecewakan.
Strategi pemasaran yang bagus rasanya.
Sebab itu filem ini boleh jadi boxoffice.
Ramai kata ceritanya tiada jalan cerita.
Jumpa orang gaduh, jumpa orang nak gaduh.
Itu aje.
Kerja kamera ada yang tak fokus.
Penamatnya pun ramai tak puas hati.
Tapi lakonan Shaheizy Sam dikatakan sangat hebat.
Begitu juga aksi kejar mengejar dan drift.
Ini sebenarnya filem lawak.
Lawak2 bodoh untuk buat orang ketawa.
Jadi, nak tengok kat Astrofirst ke
atau nak beli DVD cetak rompak aje?

Aku dan American Idol 2011

Imej
Aku tak pernah tonton Akademi Fantasia yang terbaru.
Aku juga tak pernah tonton American Idol yang terbaru.
Kenapa?
Kedua2nya terlalu moden dan kebaratan.
Artis2nya lebih banyak berlakon daripada menyanyi.
Artis2nya lebih banyak tunjuk kulit banding bakat.



Bila anak aku kata juara American Idol 2011 memang bagus,
aku pasti percaya kerana telinga anakku sama dengan telingaku.
Dia baru berusia 16 tahun.
Tapi suara dia memang kelas.
Dia memang layak menang.
Dia tak tunjuk atau jual muka dan body.
Dia hanya tunjuk bakat yang ada.







Aku ingat lagi Susan Boyle.
Cuba tengok sessi ujibakatnya di British Got Talent di sini.
Tiada siapa sangka dan percaya.
Wanita berusia 47 tahun yang selekeh ini,
punya suara yang begitu indah dan merdu.
Tak jemu tengok reaksi juri2 dan penonton2 yang tergamam dengar suaranya.

Aku dan Kungfu Panda 2

Imej
Kungfu Panda.
Antara movie yang aku paling minat.
Tengok berpuluh kali pun masih tak jemu jugak.
Aku masuk panggung 2 kali untuk tengok movie ini.
Aku juga selalu ulang tayang tengok DVD dia kalau kebosanan.
Watak Po yang chubby dan akhirnya terpilih jadi Dragon Warrior memang klasik.



Mulai hari ini bermula tayangan Kungfu Panda 2.
Dalam 3D pulak tu.
Banyak review yang aku baca kata movie ni bagus.
Jalan ceritanya gelap sikit dan kurang sesuai untuk kanak2 belum bersunat.
Walaupun kartun, banyak juga adegan gaduh2 yang ganas.
Kita juga akan tahu siapa bapak sebenar Po dalam movie ini.



Bagusnya di TGV Tebrau City boleh beli tiket online.
Macam aku buat masa nak tengok Thor tempohari.
Tak payah susah2 nak beratur panjang.
Tapi kena tunggu minggu depan.
Hujung minggu ini ada rancangan lain.

Aku dan Toyota Vellfire

Imej
Bulan ni kereta2 aku semua buat hal.
Ada yang nak kena renew road tax.
Ada yang kena compulsory service.
Ada yang asalnya nak buat alignment and balancing sahaja,
tapi apek tu kata 3 rim dah bengkok dan 2 tayar dah benjol.
Kenalah tukar apa2 yang patut.
Demi keselamatan anak2 dan isteri.




Semalam, satu kereta overheating.
Mati betul2 depan Restoran Gazebo.
Nasib baik abang murtabak tu tolong tengokkan.
Hos ke radiator dah bocor.
Jadi airnya kering kontang.
Nasib baik enjin tak meletup.
Nasib baik boleh lagi drive untuk hantar ke workshop.
Nasib baik workshop/pomen tu kawan lama aku.
Dia ganti apa yang patut sahaja.



Hari ini satu lagi kereta buat hal.
Coil aircond pulak yang bocor.
Kena ganti satu set.
Bila kereta demam, poket aku pun demam.
Bila poket demam, kena kerja ekstra hour.



Tengok bulan September nanti.
Kalau kereta kesayangan masih buat hal jugak,
aku nak upgrade ke Vellfire.


Itupun kalau poket tak demamlah.
:)

Aku dan Sham Kamikaze

Imej
Untuk renungan.
Sesungguhnya Hidayah Allah datang tanpa diduga.
Juga tanpa memilih siapa2.
Tapi tak ramai yang mendapatnya.
Terasa sangat kecil diri ini...



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, akhirnya saya dikurniakan hidayah daripada Yang Maha Berkuasa. Syukur, kini saya kembali ke pangkal jalan dan menginsafi apa yang pernah saya lakukan sebelum ini,” kata artis terkenal, Shamril Mohd Salleh, 36, atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze.

Sham mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan dan video menerusi laman sosial facebook miliknya serta menjelaskan ingin menarik diri daripada dunia hiburan jika dikurniakan rezeki dalam bidang berbeza.

“Saya sudah berbincang dengan ulama dan ustaz berkaitan pekerjaan dalam bidang ini. Selagi tidak menyalahi hukum syarak, tidak mengapa."

“Namun, saya turut merancang untuk meninggalkan dunia hiburan jika mempunyai peluang lain. Insya-Allah, semuanya bergantung kepada rezeki Allah,” katanya kepada Metro Ahad.

Bekas pemain gitar kumpulan rock yang …

Aku dan musim cuti sekolah

Imej
Minggu ini minggu peperiksaan.
Anak2 ada exam sampai hujung minggu.
Arahan kementerian, peperiksaan kena buat pada minggu akhir sekolah.
Jadi murid2 dan cikgu2 tak boleh nak ponteng.
Lepas tu baru cuti sekolah 2 minggu.
Mana nak pergi bercuti?



Jom ke Damai Beach Resort Desaru.
Ada Hari Keluarga.
Semuanya free, tinggal pergi aje.
Boleh mandi laut.
Boleh mandi kolam.
Boleh berkaraoke.
Ada BBQ.



Yang penting dapat lari daripada klinik.
Dapat lari daripada rutin harian.
Tiada gangguan daripada pesakit2.



Resort ni khabarnya 4 bintang.
Kelengkapannya cukup.
Tapi perabotnya fesyen lama.
Itu tak penting.
" Yang penting kita enjoy! "
Selamat bercuti...

Aku mencari yang halal

Imej
Negara Malaysia adalah negara Islam.
Walaupun penduduknya berbilang bangsa, majoritinya adalah Islam.
Kedai2 makan, cafe, warung2 memang ada dimerata tempat.
Yang dipunyai oleh orang Islam tidak diragui statusnya.
Tetapi yang dipunyai oleh orang bukan Islam lain ceritanya.
Demi kemajuan perniagaan mereka,
mereka lakukan pelbagai cara untuk menarik orang Islam ke tempat mereka.
Mereka letak nama Melayu.
Mereka sajikan sajian Melayu.
Mereka gajikan pekerja2 Melayu/Indonesia.
Pekerja2nya bertudung dan berkupiah walaupun belum tentu Islam.
Mereka letak ayat2 Al-Quran di dinding2 premis.
Dan paling bangsat ialah mereka letak logo halal di dalam premis.
Ini negara kita.
Ini negara Islam.
Tetapi kenapa isu halal/haram sukar sangat ditangani?
Cuba semak di sini.
Banyak betul penyalahgunaan logo halal.
Aku dah lama boikot Old Town White Coffee.
Kini Secret Recipe dan Johnny's Restaurant pun nak kena boikot jugak.
Bilalah masalah halal haram ini akan selesai?
Selagi manusia sekadar mengejar keuntungan,
selagi it…

Aku dan nasib pengurus Chelsea

Imej
Bagi Roman Abramovich,
" Winning is not everything, its the only thing ".
Sejak dia membeli kelab Chelsea ini,
berapa ramai pengurus yang dipecatnya?
Dalam kamus dia, takda perkataan kalah, tewas atau No 2.
Yang ada hanyalah menang, menang dan menang.
Dulu aku pernah sokong team ini,
tetapi kini tidak lagi.
Selain Abramovich, aku juga tak suka Terry, Lampard, Drogba dan Cole.
Lagi tak suka bila Torres pun join sekali team ini.


Ancelotti leaves Chelsea after 2 seasons in chargeLONDON (AP): Carlo Ancelotti was fired as Chelsea manager on Sunday following a trophyless season, leaving a year after he led the club to the Premier League and FA Cup titles. Despite accepting publicly in recent months that his job was under threat, the Italian's departure was only announced shortly after Chelsea lost 1-0 at Everton in the last match of a miserable season. Chelsea bluntly said the 51-year-old Ancelotti had "parted company" with the London club. For owner Roman Abramovich, fi…

Aku dan Berakhirnya Musim EPL 2011

Imej
Musim Liga Inggeris 2010/2011 berakhir semalam.
Man United confirmed jadi juara liga.
Untuk kali ke 19 sambil memecahkan rekod yg dipegang Liverpool.
Kemenangan Man U bermakna kegagalan Chelsea.
Kegagalan Chelsea bermakna kegagalan Ancelotti.
Pemecatan beliau memanglah dijangkakan.
Orang Russia adalah jenis tak tahan sabar.
Tapi tidak bagi Arsenal dan Wenger.
Walaupun dah lebih 7 tahun tak menang apa2,
semua orang masih bersabar lagi dengan Wenger.
Apa nak buat bila tiada lagi bola sepak di tv?
Main ping pong lah apa lagi...


Barclays Premier League in numbers We look back at the final weekend of the Barclays Premier League season with some key facts and figures.

1 - Tottenham Hotspur lost only one home match all season, their best record at White Hart Lane since 1964/65.
4 - Somen Tchoyi has scored six Barclays Premier League goals for West Bromwich Albion this season and four have come against Newcastle United. Six of the last eight matches between Tottenham Hotspur and Birmingham …

Aku dan derma anak yatim

Imej
Anak yatim.
Anak yang kehilangan ibu atau bapa.
Jadi kehidupan mereka menjadi tanggungjawab orang lain.
Ada yang betul2 ikhlas membantu.
Ada yang membantu ikhlas tak ikhlas.
Ada juga yang mempergunakan mereka untuk keuntungan peribadi.



Hampir setiap bulan, pasti ada orang datang memungut derma.
Dulu datang ke klinik bawa fail segala.
Ada macam2 gambar dan surat kebenaran.
Ada resit untuk claim income tax juga.
Kadang2 datang siap berkemeja dan bertali leher.
Ingatkan orang korporat mana, rupa2nya orang keparat.
Nak pungut derma anak yatim.
Jauh datangnya.
Biasanya daripada negeri2 Utara tanahair.
Sekarang ni mereka guna surat pulak.
Siap ada sampul surat beralamat sendiri dan bersetem.
Tapi sejak setem naik 60 sen, yang bersetem dah takda dah.



Aku memang susah nak percaya taktik2 sebegini.
Walau seringgit sekalipun, aku jarang melayan.
Katakan aku beri seringgit,
berapa senkah yang sampai kepada anak2 yatim tersebut?
Berapa peratus yang diambil oleh pemungut derma?
Duit makan, duit tambang dan duit lodging …

Aku dan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2011

Imej
Entri terlewat.
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2011.
Wife dapat jawatan besar.
2 minggu dia sibuk menghubungi wartawan suratkhabar, radio dan tv.
Kena pastikan mereka datang.
Kena jaga kebajikan mereka bila mereka datang.
Kena sediakan tempat duduk mereka.
Kena sediakan ruang sidang media.
Habislah bil telefon bulan ini.
Pasti naik punya.



Kira2 20 wartawan hadir di majlis perasmian.
Segala2nya berjalan lancar.
Cuma lokasi Dewan Bandar Putra agak terpencil.
Jadi kehadiran orang ramai agak kurang.
Lebih baik buat kat IOI Mall.
Senang sikit orang nak cari.
Juga hujan lebat setiap petang mengganggu kelancaran perayaan.
Dua kali aku pergi tetapi satu gambar pun aku tak ambik.



Nasib baik perayaan ini 10 tahun sekali.
Kalau tidak, tahun depan pasti wife kena lagi.
Tahniah Puan!



Aku dan projek sakit

Imej
Ini bangunan Pejabat Pendidikan Daerah yang baru.
Lokasinya disebelah IbuPejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
Kedua2 projek dimulakan serentak.
Tapi kontraktor yang berbeza.
Juga saiz projek yang berbeza.
Pejabat IPD 3-4 kali ganda besarnya.
Tetapi ianya siap lebih awal.



Bangunan ini sepatutnya siap bulan 12 tahun lepas.
Dah beberapa kali postponed.
Terakhir, bulan depan dijangka siap sepenuhnya.
Tetapi aku tak yakin sepenuhnya.
Mungkin bulan 8 atau 9.



Salah siapa sebenarnya bila bangunan tak siap2?
Salah Purnama Duta?
Salah Jurutera JKR?
Salah siapa?

Aku dan Third Video

Imej
Beberapa video lain di YouTube.
Ini kerja gila anak2 aku.




Ada tanah runtuh lagi di Hulu Langat.
Kali ini melibatkan 25 orang anak2 yatim.
10 orang disahkan meninggal dunia dan 6 lagi masih hilang.
Semoga roh mereka dicucuri Rahmat.

Anak2 bukanlah tanggungjawab.
Mereka adalah Anugerah.

Aku dan second video

Imej
Baru belajar.
First, guna Canon 60D untuk ambik video.
Second, upload video di Youtube.
Tunggu untuk video2 selanjutnya.
Jika ada.

Aku dan hujung minggu

Imej
Kalau ada sesiapa perasan,
aku dah tukar color template blog aku.
Ini kali ketiga rasanya sejak aku memblog 4 tahun lalu.
Bermula dengan biru, lepas tu hijau,
dan kini putih pulak.
Jangan tanya kenapa kerana aku tak tahu sebabnya.



Hari Sabtu.
Aku ke Kg Jamal di Benut, Pontian.
Ada majlis perkahwinan adik bungsu staf klinik aku.
Aku suka ke majlis kahwin orang2 kampung.
Walaupun majlisnya simple,
kehadiran tetamu memang meriah.
Makanannya juga simple tetapi sedap.
Dah lama tak jumpa kuih2 jawa.

Singgah ke Simpang Renggam selepas itu.
Cari kain untuk buat baju raya.
Raya tak sampai 2 bulan lagi.
Dah beberapa tahun aku tak ke sini.
Ada beberapa kedai kain di sini.
Walaupun apek2 tua yang jaga,
mereka cukup arif pasal kain yang dijual.
Ada aje modal diguna untuk memujuk kita beli kain dia.
Kata wife harganya boleh tahan murah,
pilihannya terkini dan pelbagai.
Nak tawar-menawar pun senang.
Apek tauke kedai tak kedekut sangat.

Nak tahu apa tema/warna aku tahun ini?
Kena tunggu hari raya nanti...

Aku dan Maharaja Lawak Minggu 8

Imej
Maharaja Lawak minggu ke 8.
Bagusnya ialah bila Amir dah takda.
Kalau tidak, menanah telinga aku dengar cerita dia.
Aku memang minat gila rancangan ini.
Hari2 tengok ulangan kat Astro Warna pun tak jemu2.
Begitu juga dengan anak2 aku.
Teringat kembali zaman Mawi kat Akademi Fantasia dulu.
Tiap2 malam minggu mesti kumpul ramai2 tengok konsert dia.
Juga pakat ramai2 mengundi dia.



Minggu ni dan minggu2 yang lepas,
Kumpulan Sepah memang tak menghampakan.
Lawak2 dia sentiasa original dan bermutu.
Takda lawak2 recycle atau cut and paste lawak2 yang lama2.
Mereka konsisten dan rasanya dia patut dan boleh jadi juara.
Begitu juga dengan kumpulan Jambu dan Jozan.



Peserta perseorangan tinggal Nabil seorang.
Nabil dah semakin merapu dan seperti kurang persediaan.
Ahmad Idham dah warning dia semalam.
Ada harapan tersingkir sebab minggu ini dia di bottom three.
Bagus kalau camtu.
Biar dia sedar dan ingat bahawa dia tu bukannya bagus sangat.



Selamat berhujung minggu.

Aku dan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2011

Imej
Sambutan Hari Guru 2011.
Tahun ini daerah Kulaijaya kena jadi tuanrumah peringkat negeri.
Ada perayaan besar-besaran.
Menteri Besar Johor pun nak datang.



Wife aku kena incharged bahagian Publisiti/Media.
Walaupun ada AJK,
akhirnya jadi one woman show jugak.
Sejak 2 hari lepas, ada hebahan di radio SINAR dan Sinar.fm.
Hari ini ada flyer kat dalam suratkhabar HARIAN METRO.
Wife memang dah macam YB.
Sekejap2 telefon sana, sekejap2 telefon sini.
Bil aku jugak yang kena bayar.



Esok ada pameran dan jualan di gerai2 sekitar Dewan Raya, Bandar Putra.
Kalau tak hujan, petang esok bolehlah aku bawa kamera.
Tapi kalau hujan lebat, duduk kat klinik ajelah.
Lusa, baru ada majlis perasmian.
Khabarnya wife dah jemput semua akhbar untuk buat liputan.
Begitulah ceritanya.
Kalau dulu sibuk menjaga anak murid,
sekarang dah tak lagi...



Aku dan Hari Guru Peringkat Sekolah

Imej
SMK B Putra.
Gambar ikhsan anak yang jadi fotografer.


Aku dan Hari Guru 2011

Imej
Esok hari isnin.
16 Mei.
Ada berita baik menunggu untuk guru-guru.
Itu kata Menteri Pendidikan.
Wife dah tak mengajar kat sekolah lagi sekarang.
Jadi dah takda lagi kotak2 hadiah yang berwarna-warni.
Tahun ini daerah Kulaijaya jadi tuanrumah.
Perayaan Hari Guru peringkat Negeri Johor.
Menteri Besar Johor akan datang merasmikan majlis.
Wife aku sibuk jadi urusetia.
Juga menyambut Hari Guru tanpa anak murid.
Selamat Hari Guru untuk guru2ku.
Sek Keb Ayer Hitam Batu 18 Muar (1978- 1981).
Sek Keb Bukit Besar Kulai (1981-1983).
Sek Men Sultan Alauddin Kulai (1984-1986).
Sek Men Sains Johor Kluang (1986-1988).
Tanpa tunjuk ajar mereka,
aku tak jadi manusia seperti sekarang.
Jasamu takkan kulupa sepanjang hayatku.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan …

Aku dan Statistik Kehidupan

Imej
Sesuatu yang aku jumpa kat email aku.