Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

22 Mei 2011

Aku dan derma anak yatim

Anak yatim.
Anak yang kehilangan ibu atau bapa.
Jadi kehidupan mereka menjadi tanggungjawab orang lain.
Ada yang betul2 ikhlas membantu.
Ada yang membantu ikhlas tak ikhlas.
Ada juga yang mempergunakan mereka untuk keuntungan peribadi.



Hampir setiap bulan, pasti ada orang datang memungut derma.
Dulu datang ke klinik bawa fail segala.
Ada macam2 gambar dan surat kebenaran.
Ada resit untuk claim income tax juga.
Kadang2 datang siap berkemeja dan bertali leher.
Ingatkan orang korporat mana, rupa2nya orang keparat.
Nak pungut derma anak yatim.
Jauh datangnya.
Biasanya daripada negeri2 Utara tanahair.
Sekarang ni mereka guna surat pulak.
Siap ada sampul surat beralamat sendiri dan bersetem.
Tapi sejak setem naik 60 sen, yang bersetem dah takda dah.



Aku memang susah nak percaya taktik2 sebegini.
Walau seringgit sekalipun, aku jarang melayan.
Katakan aku beri seringgit,
berapa senkah yang sampai kepada anak2 yatim tersebut?
Berapa peratus yang diambil oleh pemungut derma?
Duit makan, duit tambang dan duit lodging mereka?
Aku tak percaya mereka tak ambik sesen pun...
Biarlah orang nak kata aku Hj Bakhil Kedekut.
Walau sesen pun, aku takkan beri.
Aku ada alasan aku sendiri.

3 ulasan:

  1. org2 mcm ni dah jadikan anak2 yatim tu macam alat pulak. kesian dan tak patut~

    *dah tukar layout? :D

    BalasPadam
  2. Dulu ada budak kecik pakai baju sekolah datang ketuk pintu, bawak surat segala kata duit nih untuk warga miskin.."i'm also a muslim like you.."..tiba2 dia nangis terus saya rasa kesian..pulak tue merayu-rayu...Sya pun terus ke bilik bagi duit 500 rupee( dlam 46 ringgit)..

    Bila duduk2 terpikir balik..entah-entah "slumdog"..Aduih,terus rasa tak sedap hati..

    Kalau kat India, memang selalu sangat jumpa orang miskin..tapi, kena hati-hati kalau bagi duit.nanti dia panggil geng2 dia datang cari kita..

    Sebab kami selalu bagi dlm bentuk makanan dan terus beri bantuan dari rumah ke rumah..

    Sesusah-susah orang kat Mlaysia, susah lagi org miskin di sini. Tapi, masih ada yang sanggup buat kerja berat seperti menyelam ceduk pasir sungai,kutip tin,jaga pintu lif etc..

    BalasPadam
  3. BaYu,

    Thank you for sharing.
    And salam ziarah.

    BalasPadam