Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Mei 2011

Aku dan Harga Rumah Sekarang



Ini bakal rumah baru abang iparku.
Dua bulan lagi siaplah.
Kalau rumah sebegini besar dan didirikan di bandar besar,
sekurang2nya 200K dalam tangan.
Harga rumah di Malaysia memang melampau tinggi sekarang.
Terlalu tinggi untuk kebanyakan rakyat jelata.
Cuba korang semak dalam suratkhabar.
Jarang jumpa rumah yang di bawah 150 ribu sekarang.
Rumah teres 20 kaki x 70 kaki pun dah 160 ribu.
Interest memang rendah tetapi BLR dah mencecah 7 peratus.
Kalau muka 15 ribu pun, sampai pencen tak habis bayar jugak.
Cuba tengok rumah2 yang dijual di Kuala Lumpur.
Harga jutaan ringgit.
Itupun belum dilancar lagi dah habis dah dijual.
Ramai sangat speculator yang sanggup membelinya.
Yang nak untung atas angin.
Yang nak membersihkan wang haram mereka.
Aku memang dah tak teringin nak beli rumah lagi.
Walaupun rumah kedai sekalipun.
Aku tak reti nak menguruskannya.
Biarlah mati takda harta daripada anak2 bergaduh berebut harta bila aku mati nanti.

Harta Kediaman Dijangka Naik 13 Peratus 6 Bulan Pertama 2011

Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael Yam berkata: “Harga harta di lokasi-lokasi tertentu di Lembah Klang akan terus berada pada paras yang amat tinggi disebabkan oleh harga tanah yang mahal”. Dalam suku ketiga tahun lepas, rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000.
Yam berkata meskipun usaha kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama melalui “Skim Rumah Pertamaku” akan meningkatkan jualan harta berharga RM100,000 hingga RM220,000, perlu juga disemak had harga kepada RM350,000 bagi harta di Lembah Klang.
“Pemaju juga menghadapi tekanan kos dari segi menyerap kos pembinaan jalan,” kata Yam pada satu sidang akhbar mengenai arah aliran pasaran harta tahun ini.
Ahli majlis REDHA, Anthony Cho Tian Han, berkata pemaju-pemaju menghadapi beberapa kekangan dalam erti kata mereka tidak dapat menjual setiap unit dalam sesebuah projek perumahan kerana mereka perlu menyimpan minimum 30 peratus bagi pemilikan Bumiputera bagi tempoh yang panjang. Mengenai pembeli asing dalam pasaran harta, kata Yam, mereka tidaklah begitu agresif seperti yang disangkakan oleh banyak pihak.
“Majoriti pembeli masih juga rakyat tempatan,” katanya, sambil menambah bahawa pembeli-pembeli asing terdiri daripada warga Singapura, Eropah, Indonesia dan Korea Selatan.
– BERNAMA



6 ulasan:

  1. rasa syukur sebab sempat beli rumah yang murah walau agak terceruk.

    sebenarnya tak berapa nak logik kalau gaji 3k ke bawah tapi nak beli rumah, say pada harga 220k. terlalu tak logik.

    segalanya macam dah makin tak logik kat malaysia ni~

    BalasPadam
  2. masa saya balik Mesia last year, mmg dgn niat nak beli umah di Kuching.. mmg takde pilihan, kawasan idaman hati semuanya 280k ke atas.. itupun single storey.. so, kami beli jek la 330k, dpt double storey, terrace jek pun! terkejut saya yg double corner adalah setengah juta, and semi-D adalah 750k, huhhh!!!!

    BalasPadam
  3. saya untung sebab dapat beli trumah murah~~abah mertua jual~haha~~

    BalasPadam
  4. me ingat beli umah lebih baik dr beli kete sbb harga umah xkan jatuh mcm rege kete ghitewwww.. uhuhu

    BalasPadam
  5. kat bangi ni nak dapat rega 160k tu, memang mimpi ler doc

    BalasPadam
  6. spekulator ye jugak tapi yang paling utama ialah lambakan wang melalui proses money multiplier oleh bank komersial berserta interest

    BalasPadam