Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mei 2011

Aku dan Hari Guru 2011



Esok hari isnin.
16 Mei.
Ada berita baik menunggu untuk guru-guru.
Itu kata Menteri Pendidikan.
Wife dah tak mengajar kat sekolah lagi sekarang.
Jadi dah takda lagi kotak2 hadiah yang berwarna-warni.
Tahun ini daerah Kulaijaya jadi tuanrumah.
Perayaan Hari Guru peringkat Negeri Johor.
Menteri Besar Johor akan datang merasmikan majlis.
Wife aku sibuk jadi urusetia.
Juga menyambut Hari Guru tanpa anak murid.
Selamat Hari Guru untuk guru2ku.
Sek Keb Ayer Hitam Batu 18 Muar (1978- 1981).
Sek Keb Bukit Besar Kulai (1981-1983).
Sek Men Sultan Alauddin Kulai (1984-1986).
Sek Men Sains Johor Kluang (1986-1988).
Tanpa tunjuk ajar mereka,
aku tak jadi manusia seperti sekarang.
Jasamu takkan kulupa sepanjang hayatku.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakil seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, 
Guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

6 ulasan:

  1. Ayah saya adalah seorang cikgu di Sekolah Ayer Hitam batu 18 itu semasa awak di sana...
    mungkin tak ingat lagi dia..
    Cikgu Ishak Abas..

    :)

    BalasPadam
  2. DrSinga,
    Saya belajar setakat darjah 4 sahaja.
    Lepas tu masuk felda.
    Maaf saya tak ingat nama cikgu2 saya.
    Tapi seingat saya memang ramai cikgu yg datang dari Muar.
    Mereka datang ramai2 dgn berkongsi kereta.
    Yang saya ingat Civic Biru sahaja.
    Cikgu yg bawak kereta tu jual aiskrim Malaysia.
    Setiap kali dia sampai,
    kita ramai2 tunggu utk tolong angkat aiskrim dia ke kantin.
    Dapat upah 20 sen memang cukup besar masa tu...

    BalasPadam
  3. Saya rasa..
    Itulah ayah saya !!!
    Saya tolong angkat tong aiskrim ke dalam kereta

    Arwah ayah saya

    BalasPadam
  4. yup...
    itu Ayah saya.!!!
    civic

    JP 2114 .. saya masih ingat...
    masa tu gaji cikgu kecik..
    Ayah saya aiskrim untuk tambah pendapatan..

    BalasPadam
  5. DrSinga,
    Arwah ayah awak ada ajar saya masa saya darjah satu.
    Arwah ayah awak ajar Bahasa Inggeris.
    Dia selalu suruh saya ajar murid2 lain membaca kat depan kelas.
    Ada beberapa perkara yg akan membuat saya ingat dia selama2nya.
    Terutama part yang jual aiskrim Malaysia tu...

    BalasPadam
  6. harap-harap yang baik-baik saja yang awak ingat...
    :)

    BalasPadam