Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mei 2011

Aku dan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2011



Sambutan Hari Guru 2011.
Tahun ini daerah Kulaijaya kena jadi tuanrumah peringkat negeri.
Ada perayaan besar-besaran.
Menteri Besar Johor pun nak datang.



Wife aku kena incharged bahagian Publisiti/Media.
Walaupun ada AJK,
akhirnya jadi one woman show jugak.
Sejak 2 hari lepas, ada hebahan di radio SINAR dan Sinar.fm.
Hari ini ada flyer kat dalam suratkhabar HARIAN METRO.
Wife memang dah macam YB.
Sekejap2 telefon sana, sekejap2 telefon sini.
Bil aku jugak yang kena bayar.



Esok ada pameran dan jualan di gerai2 sekitar Dewan Raya, Bandar Putra.
Kalau tak hujan, petang esok bolehlah aku bawa kamera.
Tapi kalau hujan lebat, duduk kat klinik ajelah.
Lusa, baru ada majlis perasmian.
Khabarnya wife dah jemput semua akhbar untuk buat liputan.
Begitulah ceritanya.
Kalau dulu sibuk menjaga anak murid,
sekarang dah tak lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan