Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mei 2011

Aku dan hujung minggu

Kalau ada sesiapa perasan,
aku dah tukar color template blog aku.
Ini kali ketiga rasanya sejak aku memblog 4 tahun lalu.
Bermula dengan biru, lepas tu hijau,
dan kini putih pulak.
Jangan tanya kenapa kerana aku tak tahu sebabnya.



Hari Sabtu.
Aku ke Kg Jamal di Benut, Pontian.
Ada majlis perkahwinan adik bungsu staf klinik aku.
Aku suka ke majlis kahwin orang2 kampung.
Walaupun majlisnya simple,
kehadiran tetamu memang meriah.
Makanannya juga simple tetapi sedap.
Dah lama tak jumpa kuih2 jawa.

Singgah ke Simpang Renggam selepas itu.
Cari kain untuk buat baju raya.
Raya tak sampai 2 bulan lagi.
Dah beberapa tahun aku tak ke sini.
Ada beberapa kedai kain di sini.
Walaupun apek2 tua yang jaga,
mereka cukup arif pasal kain yang dijual.
Ada aje modal diguna untuk memujuk kita beli kain dia.
Kata wife harganya boleh tahan murah,
pilihannya terkini dan pelbagai.
Nak tawar-menawar pun senang.
Apek tauke kedai tak kedekut sangat.

Nak tahu apa tema/warna aku tahun ini?
Kena tunggu hari raya nanti...

1 ulasan:

  1. erm..berwajah baru :)
    .
    .
    .
    putih,
    luas pemandangan
    he he he

    BalasPadam