Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Mei 2011

Aku dan Job Burn Out


Burnout is a psychological term for the experience of long-term exhaustion and diminished interest. Research indicates general practitioners have the highest proportion of burnout cases; according to a recent Dutch study in Psychological Reports, no less than 40% of these experienced high levels of burnout.

8 tahun yang lalu,
aku telah mengalaminya.
Pekerjaanku masa tu menjadi sangat membosankan.
Semua orang daripada bawah sampai ke pengarah hospital menjadi sebab kebosananku.
Selepas bergaduh dengan pesakit, dengan keluarga pesakit malah dengan pengarah hospital,
maka aku ambik cuti tanpa gaji selama 6 bulan selepas itu.
8 tahun dah berlalu.
Kini aku mengalaminya kembali.
Setiap hari di klinik adalah hari2 yang membosankan.
Setiap pesakit yang aku temui semuanya membosankan.
Kalau tiada pesakit yang datang lagi baik.
Aku dah tak bersemangat nak bekerja.
Setiap hari aku masuk semakin lambat.
Setiap hari aku balik semakin awal.
Kadang2 aku langsung tak masuk kerja.
Aku dah tak kisah dengan pesakit2 yang menungguku.
Aku dah tak kisah dengan mamat2 Bangla dan Nepal yang tak reti berbahasa Melayu.
Aku dah tak kisah dengan kanak2 yang demam panas 40 darjah.
Aku dah tak kisah dengan wanita2 mengandung yang nak tahu jantina anak.
Aku dah tak kisah dengan mamat2 Indon yang nak injection tambah tenaga.
Aku dah tak kisah dengan cikgu2 yang tak sakit tapi nak MC.
Aku dah tak kisah dengan anak2 dara yang senggugut setiap bulan purnama.
Aku dah tak kisah dengan majikan2 yang query pemberian MC.
Korang nak lari ke klinik lain, pergilah.
Korang nak terminate panel clinic pun lantaklah.
Korang nak komplen kat MMC, pergilah.
Aku dah bosan dengan segala2nya.
Aku nak lari daripada semua ini.
Aku nak lari ke Bandung dan Bali untuk menembak langit.
Aku nak lari ke Liverpool berjumpa Suarez dan Rodriguez.
Aku nak duduk seharian di rumah tanpa buat apa2.
Aku nak tulis blog panjang2 tanpa ada gangguan.
Aku respect kat kawan2ku yang masih kekal di hospital kerajaan.
Aku juga respect kat kawan2ku yang setiap hari membuat operation.
Pesakit nak suruh buang ketumbuhan kecil pun aku asyik mengelak.
Pesakit nak buat ECG pun aku asyik kata tak payah.
Pesakit nak sunatkan anak pun aku kata aku tak buat dah.
Aku rasa aku dah kena penyakit ini.
Penyakit malas yang tiada ubatnya.

Physical signs and symptoms of burnout

  • Feeling tired and drained most of the time
  • Lowered immunity, feeling sick a lot
  • Frequent headaches, back pain, muscle aches
  • Change in appetite or sleep habits

Emotional signs and symptoms of burnout

  • Sense of failure and self-doubt
  • Feeling helpless, trapped, and defeated
  • Detachment, feeling alone in the world
  • Loss of motivation
  • Increasingly cynical and negative outlook
  • Decreased satisfaction and sense of accomplishment

Behavioral signs and symptoms of burnout

  • Withdrawing from responsibilities
  • Isolating yourself from others
  • Procrastinating, taking longer to get things done
  • Using food, drugs, or alcohol to cope
  • Taking out your frustrations on others
  • Skipping work or coming in late and leaving early


Apa nak buat ya?
Nak tutup klinik lama2 ke?
Dah pergi ke mana sahaja dan buat apa yang aku nak buat?
Sejak habis belajar, aku memang tak pernah berehat lama2.
2 bulan pertama aku bercuti tanpa gaji adalah masa yang paling aku ingin kembali.
Ketika orang lain pergi bekerja, aku duduk rumah goyang kaki.
Mengecat rumah, menjadi interior decorator macam Eric Leong,
belajar memasak daripada Chef Wan, menanam pokok dan mencantikkan laman dsbnya.
Kalau ada orang panggil buat locum, baru aku pergi kerja sekali sekala.
Itupun aku boleh pilih tempat dan masa yang sesuai dengan jiwaku.
Kalau rasa nak kerja, pergi cari locum.
Kalau rasa nak tidur seharian, aku tidur seharian.
Maklumlah komitment/hutang tak banyak masa tu.
Rasanya aku nak pinjam mesin masa Nabil dalam Maharaja Lawak Minggu ke 5.
Boleh aku kembali ke tahun tersebut.
Ada apa2 cadangan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan