Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mei 2011

Aku dan kejadian di Unit Kecemasan

Kejadian di unit kecemasan.
Pukul 4 pagi yang lengang.
Mereka bekerja sambil tidur.
Ini bukanlah kali yang pertama.
Dan ini bukan juga yang terakhir.
Cuba anda bayangkan jika ini berlaku kepada saudara-mara anda?
Ada yang meninggal dunia kerana rawatan yang sambil lewa.
Apa jadi dengan motto " Kami Prihatin Kesihatan Anda "?
Layakkah mereka menjawat jawatan mereka sekarang?
Kita yang membayar gaji mereka.
Tapi ini cara kerja mereka.
Tidakkah mereka malu dan terhina.
Gaji yang dimakan setiap bulan diterima tanpa rasa tanggungjawab?
Mereka semua layak disaman dan dibawa ke pengadilan.
Tiada cara lain untuk menghukum mereka.

Sikap petugas punca ibu maut

KULAIJAYA – Empat beradik dari Taman Saga, di sini, melahirkan kekecewaan apabila ibu mereka yang mengalami sakit dada tidak mendapat rawatan segera sehingga menyebabkannya maut setelah dihantar ke Unit Kecemasan sebuah hospital di negeri ini. Mereka mendakwa tempoh masa rawatan yang lambat dan sambil lewa dari pihak hospital menyebabkan ibu mereka, Wong Khim Joon, 59, meninggal dunia kira-kira satu jam kemudian.
Anak pertama, Lim Voon Fui, 36, berkata, ibunya mengadu sakit dada kira-kira jam 3.30 pagi pada 19 April lalu dan beliau segera membawa ibunya ke unit kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
“Saya tiba di hospital pada jam 4 pagi, ketika itu hanya ada seorang pesakit yang tidak mengalami kesakitan serius.
“Jadi saya minta kepada jururawat di kaunter agar ibu saya diberi rawatan terlebih dahulu kerana keadaannya lebih serius tambahan pula ibu saya sudah uzur,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, beliau dan ibunya diminta menunggu giliran dan selang 15 minit kemudian pesakit pertama dipanggil masuk ke bilik rawatan manakala ibunya dipanggil lima minit kemudian.
“Saya berasa sangat kecewa kerana ibu saya yang mengalami sakit dada sukar bernafas pada ketika itu terpaksa menghabiskan masa menunggu selama 20 minit sebelum dibenarkan masuk untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, tambah membingungkan apabila pembantu perubatan yang memeriksa keadaan ibunya memberitahu tiada perkara serius yang berlaku dan memberitahu ibunya boleh dibawa pulang ke rumah tanpa memberikan sebarang rawatan.
“Selepas diperiksa, ibu saya tiba-tiba kejang dan barulah pemeriksa berkenaan bertindak pantas dan mengejutkan seorang lagi rakannya dari bilik sebelah yang sedang tidur.
“Pada masa itu keadaan menjadi kelam-kabut, malah mereka seolah-olah tidak pasti tindakan yang perlu diambil untuk merawat ibu. Ibu saya turut terjatuh sebanyak dua kali ketika mereka cuba mengangkat ibu naik ke atas katil pesakit untuk dibawa ke bilik rawatan,” katanya.
Voon Fui berkata, beberapa minit kemudian seorang pegawai perubatan datang untuk merawat ibunya dan meminta mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan keadaan ibunya yang sudah tenat. Tambah dikesalkan, mereka turut diberi kad nama dari beberapa syarikat pengurusan jenazah ketika menunggu ibunya sedangkan ibunya pada ketika itu belum meninggal dunia dan sedang dirawat.
“Kami sangat terkejut mengapa situasi ini boleh berlaku sedangkan pada ketika itu kami sedang bersedih mengenai keadaan ibu dan tiba-tiba diberikan kad pengurusan jenazah oleh pihak luar,” katanya.
Voon Fui berkata, 30 minit kemudian ibunya disahkan meninggal dunia oleh pegawai yang merawatnya akibat ‘acute coronary syndrome’ dan berita itu memberi kejutan kepada mereka sekeluarga.
“Ketika dibawa ke hospital, ibu saya masih boleh berjalan dan bercakap walaupun keadaannya sedang sakit, tetapi apabila dibawa ke hospital dalam masa satu jam sahaja ibu sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga membuat laporan polis berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan mahkamah agar pihak hospital bersikap lebih peka terhadap kesihatan dan keselamatan pesakit.




4 ulasan:

  1. puak-puak 'pengurusan jenazah' tu dah lama ada...
    siap pasang 'orang dalam' lagi!

    BalasPadam
  2. bukan dekat kecemasan ada triage ke?? chest pain red zone!

    BalasPadam
  3. memang boleh jadi panas hati kalo macam ni...sebab pernah di layan oleh staff KKM yang tak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  4. Ron,

    terima kasih menyinggah ke blog ini.

    BalasPadam