Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Mei 2011

Aku dan Kungfu Panda 2

Kungfu Panda.
Antara movie yang aku paling minat.
Tengok berpuluh kali pun masih tak jemu jugak.
Aku masuk panggung 2 kali untuk tengok movie ini.
Aku juga selalu ulang tayang tengok DVD dia kalau kebosanan.
Watak Po yang chubby dan akhirnya terpilih jadi Dragon Warrior memang klasik.



Mulai hari ini bermula tayangan Kungfu Panda 2.
Dalam 3D pulak tu.
Banyak review yang aku baca kata movie ni bagus.
Jalan ceritanya gelap sikit dan kurang sesuai untuk kanak2 belum bersunat.
Walaupun kartun, banyak juga adegan gaduh2 yang ganas.
Kita juga akan tahu siapa bapak sebenar Po dalam movie ini.



Bagusnya di TGV Tebrau City boleh beli tiket online.
Macam aku buat masa nak tengok Thor tempohari.
Tak payah susah2 nak beratur panjang.
Tapi kena tunggu minggu depan.
Hujung minggu ini ada rancangan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan