Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mei 2013

Aku dan MMOBILE bangsat




Aku memang dah banyak kali naik angin dengan CELCOM.
Tapi tak sampai hati nak beralih arah.
Aku memang dah guna CELCOM sejak tahun 1996 lagi.
Kalau kira total bil yang aku pernah bayar kat CELCOM,
juga top up prepaid yang aku pernah beli,
rasanya dah boleh jadi jutawan agaknya.
Wife aku guna Postpaid CELCOM.
Banyak atau sikit bil dia, aku yang kena bayarkan.
Semalam aku tertengok bil wife aku.
Bil CELCOM biasalah.
3-4 helai tebalnya.
Bila mereka nak ringkaskan aku pun tak tahulah.
Aku kenal sangat wife aku.
Dia takkan layan iklan melalui SMS sebegini.
Tapi RM10.30 buta2 mereka charged untuk MMOBILE.
Aku dah try Google MMOBILE keparat ni.
Tapi satu hapa pun takda yang berkaitan.
Rasa nak mencarut dan memaki hamun aje.
Nak komplen bukannya senang.
Aku kena tutup klinik sekerat hari dan drive ke CELCOM ofis kat JB sana.
Kalau nak kira 10 ringgit tu memang tak berbaloi.
Tapi sebagai pengguna, iannya satu penindasan dan sangat tak adil.
Aku takkan bayar bil tu.
Nak kena ke Tribunal Pengguna pun aku sanggup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan