Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Mei 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini


Cuba anda bayangkan.

Anda lelaki berusia lewat 50-an.
Isteri anda berusia awal 50-an.
Anda dan pasangan anda mempunyai penyakit yang sama,
Kencing Manis dan Darah Tinggi.
Anak anda ada membelikan alat untuk mengukur paras gula dan tekanan darah anda.
Cuma anda sahaja yang malas dan agak degil.
Makan ubat ikut suka.
Diet pun ikut suka.
Alat yang ada diguna sebagai perhiasan sahaja.

Ditakdirkan isteri anda kena serangan stroke 5 hari yang lalu.
Lemah separuh badan dan tidak boleh bercakap dah.
Isteri anda dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
CT Scan Brain mengesahkan penyakit dan tiada rawatan khusus untuknya.
Hari minggu isteri anda dibenarkan keluar daripada wad.
Doktor di wad suruh anda membawa isteri ke Pusat Kesihatan berhampiran selang sehari.
Semata2 untuk check paras gula dan tekanan darah.
Walaupun anda dah beritahu kat doktor anda ada alat2 itu kat rumah,
doktor hospital suruh anda ke klinik kerajaan jugak.
Nak suruh doktor yang bertauliah yang memeriksa bacaan2 tersebut.

Hari ini anda ke klinik kerajaan jam 9 pagi.
Pukul 11 baru tiba giliran isteri anda.
Yang memeriksa pun cuma nurse sahaja.
Tiada pun berjumpa dengan doktor yang bertauliah.

Cuba anda bayangkan.
Apa gunanya semua ini?
Betapa susahnya nak bawa orang yang lumpuh sebelah badan keluar masuk kereta.
Betapa membazirnya masa dibuang menunggu giliran
untuk memeriksa gula dan tekanan darah semata.
Apa salahnya guna alat yang sedia ada di rumah?
Apa perlunya doktor yang bertauliah untuk membaca bacaan paras gula dan tekanan darah?
Kat Farmasi, pembantu Farmasi yang setakat lulus SPM boleh bagi nasihat macam2 lagi.
Tak perlu mereka yang bertauliah.
Aku tak faham.
Kenapa perkara yang mudah perlu disusah2kan?
Kenapalah doktor yang bertauliah di hospital kerajaan tu bangang sangat?
Aku kasihan kat mereka suami isteri.
Dahlah kena marah dan bebel sahaja sebab penyakit tak diurus dengan baik.
Lagi dimarah bila wife dah kena stroke.
Segala2nya mungkin dah terlambat.

Mereka dah berusia lebih 50 tahun.
Janganlah dilayan mereka seperti budak2 hingusan.
Walaupun kau ada degree, ada tauliah,
mereka juga manusia biasa.
Punya hati dan perasaan.


2 ulasan:

  1. cuba mak bapak dia orang dibuat macam tu...!



    bangang...
    hehehe...
    the right word.!

    BalasPadam
  2. klu sudi follow la blog saya hatimamaz.blogspot.com

    thanks...

    BalasPadam