Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mei 2011

Aku dan Salih Yaacob

Aku bukannya nak cerita pasal kehebatan dia.
Aku juga bukannya nak cerita pasal karakternya.
Tapi aku tak sangka bini baru dia orang Kulai.
Orang kampung aku tu.
Masjid Jamek Kulaijaya tu dekat bebeno dengan rumahku.
Kenapa aku tak tahu?
Kenapa aku tak dijemput hadir?
Kalau aku tahu,
aku pasti datang bawak lens paling panjang aku.
Aku juga nak temuramah dia.
Nak tahu rahsia2, petua2 dan ilmu2 yang diamalkannya.
Dia bukan sahaja kaya dengan isteri,
dia juga kaya dengan anak2.
Dan kini aku baru tahu dia juga kaya dengan wang ringgit.
Cuba korang tanya dia,
SPM dia dapat berapa?
Tak perlu score 8A + untuk berjaya sebegini.
Tak perlu bising2 mintak biasiswa nak ke luar negara.
Tahniah Pakcik Salih aka Abang Jem, Wak Jawa, Mak Neng etc.


KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali. Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

5 ulasan:

  1. assalam doc..rasa rugi pulak..kalau tak dapat tengok banyak gambar pengantin..cantik orang kampung doc.tu..

    BalasPadam
  2. Kak Erna,

    Kulai makin glamour sekarang.
    Dah tak malu mengaku orang Kulai.

    BalasPadam
  3. ha... tu lah!!!
    saya terus teringat kat awak bila dia kawin...

    erk... heheheeeeee

    BalasPadam
  4. Teringat tak pa.
    Jangan doakan saya.

    Saya tak rela...

    BalasPadam
  5. memang dia kaya pun..imbuhan jadi deejay Sinar tu katanya 20K sebulan

    BalasPadam