Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Mei 2011

Aku mencari yang halal


Negara Malaysia adalah negara Islam.
Walaupun penduduknya berbilang bangsa, majoritinya adalah Islam.
Kedai2 makan, cafe, warung2 memang ada dimerata tempat.
Yang dipunyai oleh orang Islam tidak diragui statusnya.
Tetapi yang dipunyai oleh orang bukan Islam lain ceritanya.
Demi kemajuan perniagaan mereka,
mereka lakukan pelbagai cara untuk menarik orang Islam ke tempat mereka.
Mereka letak nama Melayu.
Mereka sajikan sajian Melayu.
Mereka gajikan pekerja2 Melayu/Indonesia.
Pekerja2nya bertudung dan berkupiah walaupun belum tentu Islam.
Mereka letak ayat2 Al-Quran di dinding2 premis.
Dan paling bangsat ialah mereka letak logo halal di dalam premis.
Ini negara kita.
Ini negara Islam.
Tetapi kenapa isu halal/haram sukar sangat ditangani?
Cuba semak di sini.
Banyak betul penyalahgunaan logo halal.
Aku dah lama boikot Old Town White Coffee.
Kini Secret Recipe dan Johnny's Restaurant pun nak kena boikot jugak.
Bilalah masalah halal haram ini akan selesai?
Selagi manusia sekadar mengejar keuntungan,
selagi itulah masalah ini akan berterusan.
Nampaknya, aku kena melepak kat warung2 biasa aje.
Tak boleh nak ke cafe2 atau tempat2 makan yang dihias cantik.
Ini kerana yang cantik dan indah dimata,
belum tentu halal/haramnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan