Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Orang Malaysia memang gila makan.
Mereka juga suka bermewah2 kalau bab makan.
Cuba tengok cara makan orang kita.
Nasi mesti penuh satu pinggan.
Lauk pauk mesti beberapa jenis.
Tapi part majlis kenduri kendara memang aku sedih sekali.
Makanan berlambak2.
Kalau jemputan 1500, mereka mesti masak untuk 2000 orang.
Takut lauk pauk tak kecukupan.
Lepas tu kena siapkan buah tangan untuk dibawa balik.
Tapi kalau dalam satu taman,
ada 3-4 rumah yang buat majlis kahwin yang sama,
pada hari dan waktu yang sama,
larat ke tetamu nak makan berat2 di semua tempat?
Yang pasti memang banyak yang ke tanah banding ke dalam perut.
Itu belum cerita pasal makan stail buffet atau
'eat all you can' dan 'take all you want'.
Aku benci betul kalau mereka ambik makan banyak2,
lepas tu rasa sikit dan tinggal aje atas meja.
Memanglah mereka dah bayar.
Tapi orang lain pun bayar jugak.
Aku kadang2 makan breakfast kat hotel misalnya.
Aku tengok Mat2 Saleh memang prihatin pasal kuantiti yang diambil.
Me…

Aku dan Peristiwa Hari Ini

Ada beberapa perkara penting berlaku hari ini.
Malam ini pasukan Malaysia akan berlawan dengan Taiwan.
Perlawanan pertama untuk kelayakan ke Piala Dunia.
Atas kertas Malaysia pasukan lebih superior.
Tetapi atas padang belum tentu lagi.
Satu perlawanan yang patut disaksikan.

Malam ini juga adalah Malam Israk dan Mikraj.
Satu peristiwa perjalanan Rasullulah S.A.W yang patut dikenang.
Ada ceramah agama di masjid malam ini.
Jadi nak pilih yang mana?

Sebagai rakyat Malaysia,
kita juga perlu mengingati peristiwa ini.
Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan tanah sekitarnya,
akan diserahkan kepada kerajaan Singapura.
Bermula 1 Julai ini, Malaysia dah tiada hak ke atas kawasan itu.
Perasaanku bercampur-baur.
Anda bagaimana?

Aku dan koleksi lawak Sepah

Dulu-dulu,
aku tak suka dengan geng Sepah ni.
Sebab lawak2 mereka agak kasar
dan sering mengenakan antara satu sama lain.



Tapi itu dulu.
Sekarang mereka dah lebih dewasa dan matang.
Lawak2 mereka dah boleh diterima oleh semua.
Dalam Maharaja Lawak misalnya,
banyak juga ilmu dan pengajaran boleh diambil daripada sketsa2 mereka.



Kalau kebosanan,
cuba korang layan sketsa lawak2 mereka
masa mereka bertanding dalam Raja Lawak 2009.
Aku tak tengok setiap minggu.
Aku cuma tengok final aje.



Final Raja Lawak 2009.
Sepah jauh lebih matang banding Jihan dan Amir.
Jadi kemenangan mereka sudah pasti.



Baru aku tahu siapa mereka sebenarnya.
Shuib tu satu taman denganku.
Begitu juga dengan Mamat.
Kakak dia ketua Puteri UMNO bahagian.
Dulu selalu gak datang klinik aku.



Jep aka Nazri pernah kerja dengan Air Asia Senai.
Bukan jadi pramugara atau pilot.
Tapi bahagian logistik.



Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah manusia tak siapa yang tahu.
Kalau dulu Mawi berjaya menaikkan nama Kulaijaya.
Kini giliran kumpulan Sepah pulak.



Ahad ini Sepa…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang mamat Bangla.
Umur baru 38 tahun.
Dah setahun lebih duduk kat Malaysia.
Sejak awal tahun ini dia sering datang ke klinik aku.
Macam2 masalah dia.
Yang utama berat badan makin susut dan kurang bertenaga.
Aku suruh dia balik Bangla sahaja.
Aku juga sering marah dia sebab dia "pemalas".
Tapi dia memang sakit.
Dia jarang ambik MC dengan aku.
Pagi ini aku terserempak dengan dia depan klinik.
Aku ajak dia breakfast sekali denganku kat warung mamak.
Sambil sarapan dia keluarkan senarai masalah2 dia.
Dia kata takut terlupa.
Dia kata kat Malaysia dia takda sapa2.
Dia kata dia hanya ada aku sahaja.
Terkejut jugak aku bila dia cakap begitu.
Entah kenapa tergerak hati aku nak check paras GM dia.
Siapa sangka dan aku memang langsung tak menyangka,
GM dia 18.8 mmol/L.
Berat badan dia baru 48kg.
Tetapi komplen dia menuju ke arah penyakit Kencing Manis.
Aku minta maaf kat dia.
Aku rasa bersalah.
Aku terlalu percaya kepada stigma bahawa '' Mamat Bangla selalunya pemalas …

Aku dan Cita-Cita Asalku

Masa aku kecik2 dulu,
ayahku ada beberapa ekar kebun di kampung.
Mula2 tanam nanas,
lepas tu tanam getah pulak.
Tapi ayahku jual tanah itu dan masuk felda.



Kalau tidak,
aku pasti akan sambung usaha ayahku.
Berbakti kepada tanah.
Aku memang minat untuk menjadi penternak dan peladang.
Tapi masa itu aku tak berani memperjudikan masa depanku.
Aku lebih sanggup jadi doktor yang kononnya lebih menjamin masa depan.



Itu cerita dulu.
Aku dah buang jauh2 cita2 asalku.
Semalam aku pergi melawat kandang kambing di Ayer Manis.
Mencari kambing untuk akikah anak sedaraku.



Seronok rasanya dikelilingi kambing2 yang jinak.
Walaupun bau mereka kurang menyenangkan,
tapi kehadiran mereka menyenangkan.



Kalau aku boleh pencen sekarang,
aku nak menjadi penternak dan peladang.
Dah bosan kerja dalam ofis.
Dah bosan masuk pagi balik malam.
Dah bosan asyik tulis MC sahaja.
Tapi aku belum boleh pencen lagi.
Tanggungan dan tanggungjawab aku masih banyak.
Jadi cita2 masih tinggal cita2.

Aku dan Maharaja Lawak Final

Akhirnya ditabalkan juga.
Selepas 13 minggu menunggu.
Sepah memang layak jadi juara.
350 ribu itu memang hak mereka.



Daripada minggu pertama lagi,
Sepah memang konsisten.
Takda turun naik.
Idea2 lawak mereka semakin menjadi2.
Bermula dengan Dafi,
kemudian istilah Baik Punya,
istilah OMG,
dan yang terakhir jadi pasangan pendakwah yang semput.



Sebagai orang Johor,
aku tumpang berbangga.
Jozan dan Nabil bukan saingan mereka.
Begitu juga Jambu.
Mereka jauh ketinggalan...
Syabas Sepah!
Jeff, Mamat dan Shuib memang hebat.

Aku dan Phagophobia

Seorang lelaki berusia 41 tahun.
Bekerja kilang.
Mempunyai 3 orang anak.
Daripada segi luaran, dia kelihatan biasa sahaja.
Tetapi percaya atau tidak,
dah 12 tahun dia tak makan makanan pejal.
Dia hanya boleh minum susu, Milo, soya dan cecair sahaja.
Tekak dia langsung tak boleh terima makanan pepejal.
Dia akan merasa tercekik dan muntah selepas makan makanan pepejal.
Dah puas dia berubat.
Moden, alternatif, bomoh juga ustaz.
Semuanya gagal menyembuhkan dia.
Dia mengaku pernah marah doktor yang buat scope kat dia.
Dia tak puashati bila doktor kata segalanya normal.
Aku rasa dia menghidap Phagophobia.
Sejenis penyakit mental yang susah nak diubati.
Apa pendapat anda?

Cutiku dah habis...

Pukul 12.30 tengahari hari Isnin,
aku check out daripada bilik hotel.
Perjalanan balik terpaksa melalui jalan berliku menuju Tapah.
40 km terasa sangat jauh.
Tapi lebih jauh kalau aku patah balik ikut Simpang Pulai.



Aku sempat lagi singgah di kebun sayur dan kebun bunga.
Tangkap gambar apa yang patut.
Rajin sungguh orang kat sini.
Kat atas divider jalan pun boleh tanam sawi dan bayam.



Aku juga berhenti di gerai2 orang asli.
Yang menjual hasil2 hutan dan juga "jual air minuman".
" Itu bukan air minumanlah. Itu madu! "



Jarak perjalanan: 1313 km.
Jumlah minyak: RM 210.00.
Jumlah tol: RM150.00.
Shutter count: 914

Percutian akan datang: Kuching, Sarawak.

Aku di Galeria Time Tunnel

Antara Brinchang dan Tanah Rata,
ada satu galeri kecil.
Dah selalu masuk dalam suratkhabar rasanya.
Ini tempat pengumpulan barang2 lama.
Kira macam muzium jugaklah.



Tiket RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak2.
Bermula dengan koleksi barang2 orang2 asli tempatan.
Diikuti dengan gambar2 sejarah pembukaan Cameron Highlands.



Hanya peminat barang2 antik yang sesuai masuk ke dalam.
Orang2 perempuan lebih baik masuk kedai sebelah.
Boleh pilih cendermata pelbagai saiz dan warna.



Untuk penggemar2 fotografi macam aku,
tempat ini memang sesuai.
Kalau ada macro lens dan tripod lagi bagus.



Kalau anda bukan peminat barang2 antik,
semua koleksi yang ada ibarat sampah semata.
Botol2 lama, suratkhabar2 lama, kotak2 lama.



Takda yang baru di sini.
Takda baju2 fesyen terbaru ataupun handbag berjenama.
Padanlah wife beriya2 tak nak masuk.

Aku di Hotel Heritage Tanah Rata

Ini bukan musim cuti sekolah.
Jadi bukan super peak season.
Dan dengan guna diskaun government rate,
aku dapat jimat lebih 200 ringgit untuk bilik Deluxe mereka.



Hotel ini terletak tak jauh daripada pekan Tanah Rata.
Lokasinya agak tersorok.
Jadi suasananya sepi dan jauh daripada kenderaan lalu-lalang.
Tempat parkingnya banyak.
Lifnya cepat.
Bangunan dan kemudahan2nya serba baru.



Bilik Deluxe ada 2 katil besar.
Ada balkoni menghadap jalan raya.
Ada tv LCD Flat screen.
Ada DVD Player untuk sambung tengok Hantu Kak Limah.
Di sini, bilik cuma ada kipas siling.
Tak perlu aircond sebab memang dah sejuk dah.
Juga di sini, tiada kolam mandi ya!
WiFi cuma ada di lobi hotel.
Ada bilik bacaan, bilik permainan dan lounge untuk melepak.
Nak main bola tonjol pun boleh.



Keseluruhannya,
pengalaman yang menarik semasa berada di hotel ini.
Cuma rasanya,
sarapan di Seri Malaysia jauh lebih sedap banding di sini.

Aku di Cameron Valley

Aku di Strawberry Farm

Percutian adalah masa untuk bersama2 ahli keluarga.
Sementara anak2 masih dalam tanggungan,
masa inilah mereka hendak membuang masa bersama2 kita.



Bila mereka dah ada kehidupan sendiri,
dah ada kawan atau pasangan,
jangan harap mereka nak lagi bersama2 kita.
Jadi, sementara ada masa terluang,
inilah waktu dan ketikanya.



Memetik strawberi di ladang adalah satu daripadanya.
Keterujaan melihat strawberi yang merah dan masak ranum,
dapat dilihat daripada sinar mata anak2 kita.



Saat ini hanya sekali.
Aku tidak akan merasainya lagi.
Andaikata aku kembali ke sini 12 tahun lagi,
rasanya aku akan kembali berdua sahaja.

Aku singgah di Cameron Highlands

Aku memang tak langsung terfikir.
Percutianku akan berakhir di Cameron Highlands.
Azman yang beri cadangan.
Ipoh-Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai tak jauh.
70km atau 1 jam perjalanan.
Dia kata setiap 2 minggu dia pasti ke sana.
Membeli sayur2 segar dan merasa suhu rendah tanpa aircond.



Wife dan anak2 terkejut bila aku kata,
" Jom kita ke Cameron Highlands! ".
Kali terakhir aku ke sini ialah 12 tahun dahulu.
Masa itu anakku baru seorang.
Umurnya pun baru 2 tahun.



Cameron Highlands memang jauh berubah.
Suhunya pun tak berapa nak sejuk dah.
Pembangunannya dah tahap maksimum.
Kebersihannya masih boleh diperbaiki.
Sampah dibuang merata2.
Jam kat stesen bas pun dah lama berhenti.



Nasib baik bukan cuti sekolah.
Sana sini agak lengang dan terkawal.
Cuma kat area jual sayur di Brinchang agak sibuk.
Jadi Cameron Highlands aku yang punya!



Banyak jugak tempat2 yang nak dikunjungi.
Azman dah cadangkan perkara wajib yang perlu dilakukan.
Tunggu entri selepas ini...

Aku Tak Jadi Buat Reunion

Aku tak kecewa tak dapat jumpa kawan2 lama aku.
Daripada 5 orang yang tersenarai,
aku cuma jumpa 2 orang sahaja.
Memang susah nak kumpulkan doktor2 pakar dalam satu masa.
Akhirnya hanya keluarga aku dan keluarga Neil yang dapat bersama.
Azman kena kerja dan on call semasa aku di sana.
Aku jumpa dia pun hanya selepas jam 11 malam.
Sembang2 sampai pukul 2 pagi di lobi hotel.
Jemie yang patut datang pun tak jadi di saat2 akhir.
Ada emergency operation.
Aku memang dah jangkakan itu semua.
Sebab itu plan percutian aku sentiasa terbuka.
Dan atas cadangan Azman,
aku akhirnya tersangkut di Cameron Highlands.

Baca seterusnya...


Aku suka ke Petting Zoo Tambun

Selain suka kepada kehijauan bumi,
aku juga suka haiwan2 peliharaan.
Sewaktu anak2 dan wife sibuk berendam dalam air,
aku jalan2 mencari Petting Zoo mereka.



Petting Zoo di sini lebih kurang macam di Bukit Merah jugak.
Semua haiwan2nya sangat jinak dan boleh dibelai-pegang.
Ranger yang menjaga juga junior2 rangers yang ada
mudah mesra dan rajin memberi penerangan.



Aku berkesempatan melihat secara live
cicak tokek yang harga berjuta2 tu.
Ada 4-5 ekor dengan warna yang sama
dipamer di dalam kaca.
Tak berkesempatan aku nak memegangnya.



Binatang2 lain terutamanya burung sangat jinak dan lapar.
Ada 14 jenis burung kesemuanya di sini.
Pantang kita hulur tangan,
kejap aje mereka dah datang.





Banyak lagi haiwan lain yang dipamerkan.
Ada ikan, arnab, kura2, kambing, ular, dsbnya.
Rasanya setiap ekor yang ada aku dah ambik gambarnya.
Dah boleh buat katalog kalau hendak.

Aku di Lost World Of Tambun

Pagi hari Sabtu.
Aku dan famili main air di Lost World Of Tambun.
Tepat pukul 10 pagi aku dah sampai.
Aku antara yang terawal sampai.
Bukan musim cuti sekolah.
Jadi jalan tak jem.
Tempat parking kosong.
Suasana dalam air pun lengang.



Di sini aku ditemani oleh Dr Neil Amri dan keluarganya.
Dia datang daripada Alor Setar untuk bercuti denganku.
Aku siap berkonvoi dengan dia.
Sebab dia pun pakai Estima jugak.



Secara amnya,
tempat yang sesuai untuk merehatkan minda.
Persekitarannya bersih dan well-maintained.
Tempat nak bermain air ada di merata tempat.



Dikeliling taman air,
ada banjaran bukit batu kapur yang menghijau.
Ada kolam air panas untuk berendam.
Ada gua batu kapur untuk dilawati.
Ada juga tempat nak mencuba nasib ala fun-fair.



Tapi macam biasa.
Tak boleh nak bawa masuk makanan.
Makanan kat dalam pun agak mahal.
Nasi Ayam dah RM6.00.
Air Mineral 500ml dah RM3.00.



Satu yang paling best kat sini,
ada Petting Zoo.
Kalau semalam aku langsung tak boleh tangkap gambar,
kat sini hampir semua haiwan yang ada aku sna…

Aku di Seri Malaysia Ipoh

Anak2 sibuk bertanya,
Hotel Seri Malaysia ni berapa bintang?
Tapi padaku itu tak penting.
Aku cuma nak tumpang tidur sahaja di sini.



Masa aku datang,
hotel tengah meriah.
Ada jamuan High Tea jururawat2 sekitar Perak.
Selain makan2, ada cabutan bertuah dan nyanyi2 karaoke.
Ada juga hari pendaftaran pakcik2 dan makcik2 tua.
Orang2 tua sebaya bapak aku check in sendiri kat hotel.
Hebat sungguh orang2 Perak ini.
Mereka ada program untuk pembantu bakal2 jemaah haji rasanya.



Secara keseluruhannya,
hotel ini biasa2 sahaja.
Yang penting, lokasinya bagus.
Nak parking kereta tak susah.
Yang lain2 aku tak nak komen.
Terima kasih.

Aku di Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping terletak disebelah Tasik Taiping aje.
Night Safari bukak pukul 8 hingga 11 malam.
Tapi pukul 7 aku dah sampai.
Satu jam aku kena tunggu mereka bukak pintu kandang.



Malam itu,
akulah customer no 1 mereka.
Pengunjung tak ramai sebab bukan musim cuti sekolah.
Mereka kata kalau musim cuti,
tak menang tangan nak melayan pengunjung.
Tiket mahal jugak iaitu 16 ringgit untuk dewasa 10 ringgit untuk kanak2.
Adakah ianya berbaloi?



Dapat tiket aku terus naik tram.
Pusing keliling zoo selama 40 minit.
Tengok tabiat haiwan2 di waktu malam.
Walaupun pakai kamera DSLR,
tak banyak gambar yang boleh aku ambil.
Tak boleh guna flash.
Tak boleh guna tripod.
Jadi, tak satu haiwan pun yang dapat aku potretkan.



Pada aku, mereka kena upgrade penerangan yang diberikan.
Bukan setakat beritahu nama haiwan aje.
Beritahu juga serba sedikit pasal tabiat haiwan2 tersebut.
Setakat beritahu disebelah kiri adalah kandang harimau,
aku pun boleh cakap begitu.
Beritahulah ada berapa ekor harimau, berapa usia …