Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Jun 2011

Aku dan Cita-Cita Asalku

Masa aku kecik2 dulu,
ayahku ada beberapa ekar kebun di kampung.
Mula2 tanam nanas,
lepas tu tanam getah pulak.
Tapi ayahku jual tanah itu dan masuk felda.



Kalau tidak,
aku pasti akan sambung usaha ayahku.
Berbakti kepada tanah.
Aku memang minat untuk menjadi penternak dan peladang.
Tapi masa itu aku tak berani memperjudikan masa depanku.
Aku lebih sanggup jadi doktor yang kononnya lebih menjamin masa depan.



Itu cerita dulu.
Aku dah buang jauh2 cita2 asalku.
Semalam aku pergi melawat kandang kambing di Ayer Manis.
Mencari kambing untuk akikah anak sedaraku.



Seronok rasanya dikelilingi kambing2 yang jinak.
Walaupun bau mereka kurang menyenangkan,
tapi kehadiran mereka menyenangkan.



Kalau aku boleh pencen sekarang,
aku nak menjadi penternak dan peladang.
Dah bosan kerja dalam ofis.
Dah bosan masuk pagi balik malam.
Dah bosan asyik tulis MC sahaja.
Tapi aku belum boleh pencen lagi.
Tanggungan dan tanggungjawab aku masih banyak.
Jadi cita2 masih tinggal cita2.

2 ulasan:

  1. ada kawan sy even still dlm gomen buat bisness ternak lembu n sekarang arowana..

    BalasPadam
  2. aYa,

    saya tak nak buat part time.
    saya nak full time.
    saya nak beralih arah.

    BalasPadam