Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Jun 2011

Aku dan Estimaku

Kelmarin aku servis enjin,
semalam aku servis tayar pulak.
Maklumlah nak jalan jauh.
Demi keselesaan dan keselamatan.



Aku ke tempat biasa yang aku pergi.
Wang Lee Tyre & Service kat Indahpura.
Tauke kedai tu patient aku.
Begitu juga pekerjanya yang baru kahwin tu.
Baru kelmarin dia bawak wife dia jumpa aku.



Aku memang tak arif sangat pasal kereta sebenarnya.
Yang aku tahu cuma sebut Alignment & Balancing aje.
Sebab tu aku pergi ke kedai yang aku dah biasa.
Aku memang percaya sepenuhnya kat mereka.
Kalau dia kata kena tukar, aku tukar.
Aku jarang tanya kenapa dan mengapa.
Tapi aku tetap tanya berapa harga.
Kena tengok bajet juga.



Bila mereka suggest guna Gas Nitrogen untuk angin tayar,
aku ikut sahaja.
Tapi memang rasa ringan dan selesa.
Minyak pun jimat jugak rasanya.
Sebabnya ialah gas ni lebih stabil.
Dia tak mudah berubah dengan perubahan suhu jalan raya.
Dah semenjak aku tukar ke gas Nitrogen 6 bulan yang lalu,
baru kali ini aku isi gas tu semula.



Kepada sesiapa yang nak tahu pasal kod kat tayar,
cubalah fahamkan gambar yang di bawah ini.
Kalau ada soalan,
jangan malu2 nak bertanya.
Tapi tanyalah orang lain.
Jangan tanya kat aku...

2 ulasan:

  1. enjin dah servis..tayar dah servis..boleh ronda satu Semenanjung! :)

    BalasPadam
  2. DaddyDoubleZ,

    Yup!
    Esok nak berjalan2.
    Ronda sepanjang lebuhraya.
    Ahad baru balik...

    Tunggu cerita selanjutnya...

    BalasPadam