Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Jun 2011

Aku dan koleksi lawak Sepah

Dulu-dulu,
aku tak suka dengan geng Sepah ni.
Sebab lawak2 mereka agak kasar
dan sering mengenakan antara satu sama lain.



Tapi itu dulu.
Sekarang mereka dah lebih dewasa dan matang.
Lawak2 mereka dah boleh diterima oleh semua.
Dalam Maharaja Lawak misalnya,
banyak juga ilmu dan pengajaran boleh diambil daripada sketsa2 mereka.



Kalau kebosanan,
cuba korang layan sketsa lawak2 mereka
masa mereka bertanding dalam Raja Lawak 2009.
Aku tak tengok setiap minggu.
Aku cuma tengok final aje.



Final Raja Lawak 2009.
Sepah jauh lebih matang banding Jihan dan Amir.
Jadi kemenangan mereka sudah pasti.



Baru aku tahu siapa mereka sebenarnya.
Shuib tu satu taman denganku.
Begitu juga dengan Mamat.
Kakak dia ketua Puteri UMNO bahagian.
Dulu selalu gak datang klinik aku.



Jep aka Nazri pernah kerja dengan Air Asia Senai.
Bukan jadi pramugara atau pilot.
Tapi bahagian logistik.



Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah manusia tak siapa yang tahu.
Kalau dulu Mawi berjaya menaikkan nama Kulaijaya.
Kini giliran kumpulan Sepah pulak.



Ahad ini Sepah akan bertandang ke Scientex City di Kelapa Sawit.
Mereka nak tolong promote jual rumah.
Kalau rajin bolehlah aku bawak kamera aku.
Juga mintak sain autograf ke apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan