Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Jun 2011

Aku dan MasterChef Australia



Channel Astro semakin membosankan.
Movie Channel pun sama.
Tapi aku ada satu new addiction.
Bermula dengan Junior MasterChef Australia,
sekarang MasterChef Australia Season 2 pulak.
Ada di Star World Channel setiap hari.
Petang pukul 6.45 dan malam pukul 10.50.
Ianya adalah program realiti masakan.
Bermula dengan 24 peserta,
lalu seorang demi seorang dibuang.
Yang terakhir tinggal, itulah MasterChef.
Ada beberapa sebab kenapa siri ini mengasyikkan.
Ianya 10 kali lebih bagus banding siri Survivor dan Explorace.
  1. Hos dan juri rancangannya best. Mereka tahu semua benda. Yang aku komen tentang masakan cuma dua, sedap atau tak sedap. Tetapi komen2 mereka sungguh detail dan spesifik. Perkataan2 dan ayat2 yang digunakan agak pelik tetapi sedap didengar.
  2. Peserta2 program ini terdiri daripada pelbagai golongan. Peguam pun pandai memasak. Pembancuh simen pun pandai memasak. Maksudnya sesiapa sahaja pun boleh memasak.
  3. Peserta2 program ini saling bekerjasama dan aku tak nampak kisah2 tikam belakang, pukul curi, sabotaj dan sebagainya. Mereka saling memberi perangsang kepada satu sama lain.
  4. Teknik masakan yang digunakan sangat rumit dan berperingkat2. Takda yang main campak2 dalam kuali aje. Banyak yang aku belajar daripada program ini sebenarnya. Semakin rumit sesuatu masakan, semakin sedap rasanya.
  5. Hos2 rancangan ini memang pakar memasak. Mereka tak lokek ilmu dan sentiasa memberi tips2 berguna kepada peserta dan penonton.
  6. Lokasi penggambaran sangat2 bersih, cantik dan menarik. Barang2 yang nak dimasak pun disusun cantik. Aku suka tengok stor mereka. Semuanya ada.
  7. Saat2 menanti ulasan juri tentang makanan yang dihidangkan sungguh mengujakan. Tekanannya macam tunggu keputusan peperiksaan. Gila punya tension. Tapi part nak eliminate peserta agak bosan. Banyak sangat drama dan suspense.
  8. Di Australia, rancangan ini dah masuk season 3. Season 2 adalah rancangan tahun lepas punya. Kalau tengok di internet, aku dah tahu siapa pemenangnya. Tapi aku tak kisah semua itu cuma aku tak puashati macamana mamat tu pulak yang menang.
  9. Rancangan ini disiarkan setiap hari. Jadi, balik kerja terus duduk depan tv. Malam pun begitu juga. Kadang2 berebut dengan wife sebab wife nak tengok Aaron Aziz di TV3.
  10. Setiap hari pasti ada kejutan berlaku. Semalam masa pertandingan pasta, Aaron ( bukan Aaron Aziz ye ) telah diisytiharkan pemenang. Salah seorang juri telah menghempaskan makanannya ke lantai kerana itulah interpretasi kesedapan masakannya.
  • Sunday - Challenge: There is some sort of challenge for all the chefs compete with the winner goes to the celebrity chef challenge. The bottom three are up for elimination.
  • Monday - Pressure Test: The bottom three from the challenge compete to replicate a seriously hard recipe. Worst goes home.
  • Tuesday - Celebrity Chef Challenge - winner of the challenge on Sunday cooks off against one of the top chefs downunder. Winner gets a pin that they can use to avoid elimination.
  • Wednesday - Off Site Challenge - the chefs are broken into two teams and do some sort of challenge off site (ie run side by side restaurants). Winning team gets a reward. Losing team has two members that will compete to see who is eliminated.
  • Thursday - Elimination night - the two nominated people from the losing team compete.
  • Friday - Masterclass: I am impressed with these, I am learning new styles and techniques from chef hosts George Calombaris and Gary Mehigan.
Baca seterusnya tentang MasterChef Australia di sini.

4 ulasan:

  1. mesti doc pandai memasak kanns.. ehehe

    BalasPadam
  2. sorang kena tengok tv dalam bilik..


    saya tengok yang Junior dulu tu..
    saya suka budak yang debab tu..

    BalasPadam
  3. en_me,

    saya minat memasak.
    saya jarang memasak.
    tapi anak2 lebih suka masakan saya banding wife...

    BalasPadam
  4. DrSinga,

    Nasib baik Nora Elena dah habis...
    :)

    BalasPadam