Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Jun 2011

Aku dan Mee Udang Kuala Sepetang

Aku sampai di Ipoh kira2 jam 3 petang.
Walaupun penat memandu lebih 6 jam belum hilang,
aku teruskan perjalanan percutianku.
Dengan bantuan GPS di Nokia C7 aku,
akhirnya aku sampai di Warung Mak Teh yang famous tu.
70km perjalanan daripada bandar Ipoh menuju ke Utara.




Warungnya biasa2 sahaja.
Sekali imbas memang susah nak percaya.
Warung begini menyimpan resepi mee yang paling sedap.
Rasa Mee Udang dan Kuey Teow Udangnya memang superb.
Marvelous.
Langsung hilang penatku memandu daripada JB.
Anak2 aku adalah pakar komplen tentang makanan.
Kalau mereka kata sedap aku dah tak payah nak kata apa dah.



Betul kata orang.
Kena selak udang2 itu sebelum nampak meenya.
Kata pekerja kat situ,
warung ini dah 20 tahun usianya.
Selain warung Mak Teh,
ada lagi warung2 lain yang menjual Mee Udang ini.
Tapi ingat Mee Udang, ingat nama Mak Teh.
No telefon dia: 05 858 2270.



Kemana selepas ini?
Taman Tasik Taiping.


5 ulasan:

  1. been there done that.. ehehe

    BalasPadam
  2. sampai Kuala Sepetang tak?

    BalasPadam
  3. en_me,

    saya akan ke sana lagi...

    BalasPadam
  4. DrSinga,

    tak sampai.
    anak2 kata takda tempat shopping...

    BalasPadam
  5. hahahahaaaaaa!!!
    shopping!!??

    BalasPadam