Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Jun 2011

Aku dan Estimaku

Hari ini aku servis Toyota Estimaku.
Nak jalan jauh hujung minggu ini.
Mekanik lama aku daripada Jingga Auto Garage yang buatkan.
Dia ambik kereta kat depan klinik.
Bila dah siap dia pulangkan.



Aku memang guna minyak Full Syntetic.
Mahal sikit tetapi berbaloi.
Enjin pun senyap aje.
Korang jangan tanya aku lebih2.
Aku ikut nasihat pakar aje.
Hal2 saintifik aku tak ambik tahu.



Minyak ATF untuk gear pun aku guna original.
Hanif yang tolong carikan.
Spark plug pulak guna Iridium.
100 000 km untuk sekali tukar.



Aku pernah pakai Iswara, Wira, Perdana, Kancil juga CRV.
Tapi Estima adalah kereta paling lama aku pakai.
Tahun ini dah masuk 5 tahun dah.
Belum ada masalah besar setakat ini.
Servis pun tak pernah lebih 500 ringgit.
Kerosakan2 lain pun belum pernah lebih 1000 ringgit.
Aku rasa akan simpan kereta ini untuk beberapa tahun lagi.
Selagi ia tak memberi masalah kepadaku,
buat apa nak tukar?
Walaupun Vellfire dah kenyit2 mata kat aku,
aku masih setia dengan Estimaku.

6 ulasan:

  1. bujal X,
    janganlah kau meracun fikiranku.

    :)

    BalasPadam
  2. Toyata..memang reliable..Vios saya dah masuk 7 tahun setengah...Alhamdullilah tak pernah beri masalah..

    BalasPadam
  3. DaddyDoubleZ,

    Anak dah tambah,
    nak kena upgrade tu...
    Masa dah time.
    :)

    BalasPadam
  4. doc, vellfire sangat sesssuaaiiiii....theheheh

    BalasPadam
  5. PokJak,

    Kau beli dulu.
    Nanti aku follow...

    BalasPadam