Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Jun 2011

Aku dan Nasib Tukang Urut

Kat simpang empat ke Kg Melayu Kulai,
ada rumah seorang tukang urut.
Aku tak kenal siapa dia.
tetapi nombor telefon dia kurang satu nombor dengan nombor HP aku.
Beberapa kali orang call aku.
Tersalah nombor dengan nombor tukang urut itu.
Nak mintak appointment berurut denganku.
Tak sangka begini berakhirnya.
Al- Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat-Nya.

"Tukang urut mati dibunuh"

KULAIJAYA: “Kami tidak menyangka sambutan ulang tahun ke-62 Pak Man akhir bulan lalu menjadi majlis perpisahan buat selama-lamanya,” kata Ramlah Haasan 52, anak saudara seorang tukang urut yang menjadi mangsa bunuh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Othman Ahmad, 62, atau dikenali sebagai Pak Man ditemui terbaring berlumuran darah oleh seorang kenalan keluarganya di tingkat atas rumah kedai dua tingkat disewanya di Kampung Melayu Kulai, di sini. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang duda didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, dalam keadaan mencurigakan.

Ramlah berkata, arwah tinggal di rumah berkenaan seorang diri sejak enam tahun lalu dan bekerja sebagai tukang urut tradisional. Menurutnya, kali terakhir dia melihat arwah akhir bulan lalu ketika mereka bersama saudara lain menyambut ulang tahun kelahirannya di rumah keluarganya di Rumah Pangsa Kulaijaya. Katanya, pada majlis itu, arwah kelihatan amat gembira kerana dirai ramai anak saudaranya kerana dia tidak mempunyai anak.

“Kami bercadang untuk mengunjunginya minggu ini, namun tidak sangka pertemuan kami sebelum ini adalah yang terakhir.

“Sambutan ulang tahun kelahiran arwah akan menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Kamil Suparmi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada belakang kepala mangsa. Bagaimanapun belum dapat dipastikan punca sebenar kematiannya dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat.

“Selain itu, kami juga menemui tompokan darah dipercayai akibat kecederaan dialami mangsa serta kesan seperti berlakunya pergelutan di lokasi kejadian,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Kamil meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pihaknya untuk tindakan lanjut melalui hotline Polis Johor di talian 07-2212999.

sumber: Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan