Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Jun 2011

Aku dan Nuffnang



Aku tulis blog untuk diri sendiri sebenarnya.
Aku tulis dan catat apa yang ada di dalam fikiranku.
Aku blog bila aku bosan.
Aku blog bila aku free dan takda kerja.
Aku blog bila aku nak beri pendapat.
Aku blog bila aku nak luahkan perasaan.
Aku juga blog bila aku nak mengingatkan sesuatu.
Aku rajin juga blogwalking.
Baca cerita kawan2 bloggers.
Banyak juga yang aku belajar daripada mereka.
Aku harap mereka pun ada belajar sesuatu daripada aku.
Aku jarang tinggalkan jejak.
Aku tak jadi follower kat mana2 blog.
Aku juga tak pernah promote blog aku.
Aku letak iklan Nuffnang pun sekadar untuk suka2.
Bukannya nak harap sangat hasilnya.
Jadi setahun bersama Nuffnang,
aku cuma dapat seratus lebih aje.
Jauh daripada target asal.
Iaitu ingin jadi jutawan dengan tulis blog sahaja.
Nampaknya kenalah terus kerja di klinik.
Melayan karenah pesakit yang pelbagai.
Sampai pencen...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan