Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Jun 2011

Aku dan Obedient Wife Club



Ada sekumpulan wanita.
Bekas ahli Al-Arqam yang diharamkan.
Dulu sibuk buat kelab isteri2 berpoligami.
Sekarang mereka dah buat kelab baru.
Obedient Wife Club.
Isteri adalah hamba kepada suami.
Apa suami kata, semua kena ikut.
Apa suami nak, semua kena turut.
Tugas isteri melayan suami sepenuh hati.
Tak kira betapa jahat suami sekalipun.
Anak dan keluarga jatuh nombor dua.
Aku agak musykil dengan kelab ini.
Ibarat kembali ke zaman jahiliyah rasanya.
Perkahwinan adalah satu perkongsian.
Bukannya satu tuan dan satu lagi hamba.
Perkahwinan juga bukan kerana nafsu semata.
Kes2 kecurangan bukan disebabkan kesilapan dan kelemahan wanita.
Tetapi kerana kelemahan dan keegoan lelaki.
Bila duit dah banyak dan tak tahu nak letak kat mana,
dan kekuasaan penuh ada di tangan,
akal dan otak akan diletak di kepala lutut.
Tengok nasib Tiger Woods, Ryan Giggs, John Terry,
dan terbaru Arnold Susah Nak Eja.
Juga Presiden IMF.
Sekadar menyebut beberapa nama.
Semuanya jatuh tersungkur kerana wanita.
Apa kurangnya isteri2 mereka?
Masih cantik dan menawan.
Tetapi 'pedang mereka jadi tak tentu hala'
bila tengok wanita lain.
Dunia sepatutnya makin moden.
Wanita dah setaraf dengan lelaki.
Tetapi ada segolongan wanita yang suka undur ke belakang.
Memahami agama dengan pandangan sempit mereka.
Mereka menjatuhkan taraf wanita.
Juga taraf lelaki di mata dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan