Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Jun 2011

Aku dan Phagophobia

Seorang lelaki berusia 41 tahun.
Bekerja kilang.
Mempunyai 3 orang anak.
Daripada segi luaran, dia kelihatan biasa sahaja.
Tetapi percaya atau tidak,
dah 12 tahun dia tak makan makanan pejal.
Dia hanya boleh minum susu, Milo, soya dan cecair sahaja.
Tekak dia langsung tak boleh terima makanan pepejal.
Dia akan merasa tercekik dan muntah selepas makan makanan pepejal.
Dah puas dia berubat.
Moden, alternatif, bomoh juga ustaz.
Semuanya gagal menyembuhkan dia.
Dia mengaku pernah marah doktor yang buat scope kat dia.
Dia tak puashati bila doktor kata segalanya normal.
Aku rasa dia menghidap Phagophobia.
Sejenis penyakit mental yang susah nak diubati.
Apa pendapat anda?

7 ulasan:

  1. dah baca kat wikipedia tu, tp xkan xdok ubatnyer.. uhuhu, sian kanns

    BalasPadam
  2. Masa kat ITM dulu, member aku kata dia takleh makan telur. Dia kata mesti muntah, walaupun tgk telur separuh masak yg aku makan. Tapi satu hari, aku paksa dia makan. Pastu tak jadi apa2 pun.
    Last2 dia kata sedap & boleh pulak makan telur. Hilang rasa fobia dia. Yang rugi aku, sebab selalu kalau dia tak makan, aku yg dapat bahagian dia. Lepas tu, dia pulak mintak bahagian aku.

    BalasPadam
  3. en_me,

    dah 12 tahun.
    otak dia dah dimanipulate.
    susah nak ubah dah...

    BalasPadam
  4. Taz,

    tak tahu nak kata apa...
    :)

    BalasPadam
  5. doktor, habis tu bagaimana lelaki tersebut mendapat nutrisi-nutrisi yang lain?

    BalasPadam
  6. Doc, masa kat fakulti sy ada amik subjek psikologi, lecturer tu ckp,kalo nk lawan mind set atau fobia tu, kena harung apa yg dia fobia tu berkali2 smp hilang rasa fobia tu.tapi tu laa..macam la senang kan nk memulakannya..mcm kes budak yg masuk brita tu kan? budak tu darjah 4, minum susu je sejak kecik..

    BalasPadam
  7. Kalau tak memudaratkan, patutya kita lawan fobia tu head-on.

    BalasPadam