Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Jun 2011

Aku dan Telemarketer



Telemarketing ialah menjual produk melalui telefon.
Ianya dikaitkan dengan fraud, scam dan paling utama annoyance.
Sejak dua menjak ini,
rajin pulak mangkuk2 hayun ni call aku.
Mulai minggu lepas,
semua call daripada Kuala Lumpur (03) ataupun private number aku tak jawab.
Walaupun selang sejam call aku,
jangan mimpi aku nak jawab.
Satu hari lebih 5 kali call handphone aku.
Ada yang call daripada Astro Kuala Lumpur.
Ada yang call daripada TM Kuala Lumpur.
Ada juga yang call daripada EON Bank Call Center.
Insuran percuma, kad VIP, upgrade servis, etc.
Hari ini aku agak relaks kat klinik.
Tiba2 ada satu call masuk.
No 014 727XXX.
Tak sangka telemarketer guna handphone pulak.
Seorang wanita India di hujung talian.
Call daripada Credit Card Center Kuala Lumpur.
Disebabkan aku takda patient,
aku layanlah sekejap.
Aku adalah pemegang card credit terpilih.
Daripada 4.5 juta pemegang kad kredit,
aku sangat teruja kerana terpilih untuk dapat kad VIP mereka.
Hanya 300 orang dipilih setiap tahun.
Dia tanya nak hantar ke rumah atau pejabat.
Aku belum sempat nak tanya apa kelebihan card VIP ini.
Tapi dia marah aku bila aku cakap aku tak nak melalui pos.
Aku nak ambil sendiri dimana2 bank berhampiran.
Aku cuma nak pastikan aku dapat kad itu.
Bukannya hilang di tengah jalan.
Kad VIP sangat berharga beb!
Malangnya dia terus letak telefon.
Aku tak sempat nak beri alamat ofis atau rumah aku.
Aku juga tak beri lagi nombor kad kredit aku.
Malang sungguh nasib aku hari ini.
Kalau tidak, aku dah ada kad VIP.
Banyak keistimewaan agaknya.
Kalau beli barang tak payah bayar.
Boleh melancong ke luar negara.
Boleh kumpul mata bonus.
Takpa, pasti ada telemarketer lain akan call aku selepas ini.
Akan beri aku kad VVIP pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan