Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Jun 2011

Aku di Hotel Heritage Tanah Rata

Ini bukan musim cuti sekolah.
Jadi bukan super peak season.
Dan dengan guna diskaun government rate,
aku dapat jimat lebih 200 ringgit untuk bilik Deluxe mereka.



Hotel ini terletak tak jauh daripada pekan Tanah Rata.
Lokasinya agak tersorok.
Jadi suasananya sepi dan jauh daripada kenderaan lalu-lalang.
Tempat parkingnya banyak.
Lifnya cepat.
Bangunan dan kemudahan2nya serba baru.



Bilik Deluxe ada 2 katil besar.
Ada balkoni menghadap jalan raya.
Ada tv LCD Flat screen.
Ada DVD Player untuk sambung tengok Hantu Kak Limah.
Di sini, bilik cuma ada kipas siling.
Tak perlu aircond sebab memang dah sejuk dah.
Juga di sini, tiada kolam mandi ya!
WiFi cuma ada di lobi hotel.
Ada bilik bacaan, bilik permainan dan lounge untuk melepak.
Nak main bola tonjol pun boleh.



Keseluruhannya,
pengalaman yang menarik semasa berada di hotel ini.
Cuma rasanya,
sarapan di Seri Malaysia jauh lebih sedap banding di sini.

1 ulasan:

  1. wah kecut jari jemari doc.. sejuk sangat kat situ kanns.. ehehe

    BalasPadam