Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Jun 2011

Aku di Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping terletak disebelah Tasik Taiping aje.
Night Safari bukak pukul 8 hingga 11 malam.
Tapi pukul 7 aku dah sampai.
Satu jam aku kena tunggu mereka bukak pintu kandang.



Malam itu,
akulah customer no 1 mereka.
Pengunjung tak ramai sebab bukan musim cuti sekolah.
Mereka kata kalau musim cuti,
tak menang tangan nak melayan pengunjung.
Tiket mahal jugak iaitu 16 ringgit untuk dewasa 10 ringgit untuk kanak2.
Adakah ianya berbaloi?



Dapat tiket aku terus naik tram.
Pusing keliling zoo selama 40 minit.
Tengok tabiat haiwan2 di waktu malam.
Walaupun pakai kamera DSLR,
tak banyak gambar yang boleh aku ambil.
Tak boleh guna flash.
Tak boleh guna tripod.
Jadi, tak satu haiwan pun yang dapat aku potretkan.



Pada aku, mereka kena upgrade penerangan yang diberikan.
Bukan setakat beritahu nama haiwan aje.
Beritahu juga serba sedikit pasal tabiat haiwan2 tersebut.
Setakat beritahu disebelah kiri adalah kandang harimau,
aku pun boleh cakap begitu.
Beritahulah ada berapa ekor harimau, berapa usia mereka,
dah berapa orang manusia yang kena terkam, dsbnya.



Zoo Taiping memang cantik dan menarik.
Landskapnya seperti dalam hutan.
Kandang haiwannya luas dan kelihatan semulajadi.
Haiwan2nya pun sihat2 belaka.
Betul kata orang.
Zoo Taiping 10 kali lebih menarik banding Zoo Kuala Lumpur.
Juga 100 kali lebih luas banding Zoo Saleng di tempatku.

Pukul 11 malam aku tiba di hotel semula.
Berakhirnya hari pertama percutianku.
Esok sambung lagi...

8 ulasan:

  1. tp zoo saleng ade 10 kandang rimau belang kanns.. ehehe

    BalasPadam
  2. binatang Zoo Saleng dah kena sita hari ini....

    BalasPadam
  3. saya lebih kerap masuk zoo taiping dari zoo negara. nisbah 5:1. heheh~

    BalasPadam
  4. salam doc...

    ada mat saleh tu selamba ajer usung bende2 tu jln dlm gelap..

    BalasPadam
  5. en_me,

    saya hanya sekali pergi ke Zoo Saleng.
    itupun sebab hantar anak ada lawatan.
    memang ada 10 kandang rasanya.
    tapi kandang2nya sekadar muat aje.
    kesian tengok...
    :(

    BalasPadam
  6. DrSinga,

    saya sangat setuju Zoo Saleng disita.
    Kawasannya kecik sangat.
    Kandangnya pun sama.
    Memang tak patut disebut zoo.
    Tapak sarkas bolehlah...

    BalasPadam
  7. DrSinga,

    zoo saleng tu dekat aje dengan klinik saya.
    tak sampai 5 minit boleh sampai.
    dikirinya ada TJ Mart ( macam pasaraya Econsave ),
    dikanannya ada nurseri.
    dibelakangnya ada kawasan perumahan.
    didepannya ada jalan besar Air Hitam-JB.
    memang tak sesuai langsung jadi zoo...

    BalasPadam
  8. mrs nazri,

    saya cuma naik tram sahaja.
    tak jalan2 pun.
    jadi tak boleh nak bukak tripod.

    BalasPadam