Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Jun 2011

Aku dan Cerita Malang Hari Ini



Ada satu company.
Ramai juga pekerjanya.
Tapi yang datang ke klinik aku bolehlah dikira jumlahnya.
Sebulan lebih kurang 2-3 orang sahaja yang datang.
Awal tahun ini dia warning aku pasal MC.
Ada seorang staf office dia selalu migraine.
Puncanya ialah tekanan di tempat kerja.
Hampir 2 bulan sekali dia datang.
Aku beri MC ikut justifikasi aku.
Aku ada standard dan piawaian aku sendiri.
Takda company boleh pertikai standard ISO aku.

Bulan ini aku dapat surat lagi.
Hujung bulan ini mereka dah terminate aku sebagai klinik panel.
Aku tahu sebabnya.
Staf yang hari itu dah lama berhenti kerja.
Tapi ada satu lagi staf dia yang bermasalah sama.
Tekanan di tempat kerja.
Setiap kali datang mesti marah2 dengan company dia.
Kerja banyak,
gaji tak pernah naik.
Nak cuti susah.
Akhirnya aku juga yang terkena.

Aku tak kecik hati atau terkilan dengan company ini.
Tetapi kedua2nya bangsaku sendiri.
Aku tak nak jadi rasis.
Aku tak menyebelah mana2 pihak.
Yang penting aku buat kerja2 aku sejujurnya.
Khalayak nak terima atau tidak itu terpulanglah.
Aku dah malas nak layan dah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan