Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Jun 2011

Aku singgah di Cameron Highlands

Aku memang tak langsung terfikir.
Percutianku akan berakhir di Cameron Highlands.
Azman yang beri cadangan.
Ipoh-Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai tak jauh.
70km atau 1 jam perjalanan.
Dia kata setiap 2 minggu dia pasti ke sana.
Membeli sayur2 segar dan merasa suhu rendah tanpa aircond.



Wife dan anak2 terkejut bila aku kata,
" Jom kita ke Cameron Highlands! ".
Kali terakhir aku ke sini ialah 12 tahun dahulu.
Masa itu anakku baru seorang.
Umurnya pun baru 2 tahun.



Cameron Highlands memang jauh berubah.
Suhunya pun tak berapa nak sejuk dah.
Pembangunannya dah tahap maksimum.
Kebersihannya masih boleh diperbaiki.
Sampah dibuang merata2.
Jam kat stesen bas pun dah lama berhenti.



Nasib baik bukan cuti sekolah.
Sana sini agak lengang dan terkawal.
Cuma kat area jual sayur di Brinchang agak sibuk.
Jadi Cameron Highlands aku yang punya!



Banyak jugak tempat2 yang nak dikunjungi.
Azman dah cadangkan perkara wajib yang perlu dilakukan.
Tunggu entri selepas ini...

2 ulasan:

  1. jalan bengkang bengkok tak??!!


    ( saya seorang yang 150% akan vertigo bila jalan bukit=bukit ni..)

    BalasPadam
  2. Kalau ikut Simpang Pulai,
    tak berapa bengkang bengkok.
    tapi kalau ikut Tapah,
    memang boleh muntah punya...

    BalasPadam