Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Jun 2011

Aku di Lost World Of Tambun



Pagi hari Sabtu.
Aku dan famili main air di Lost World Of Tambun.
Tepat pukul 10 pagi aku dah sampai.
Aku antara yang terawal sampai.
Bukan musim cuti sekolah.
Jadi jalan tak jem.
Tempat parking kosong.
Suasana dalam air pun lengang.



Di sini aku ditemani oleh Dr Neil Amri dan keluarganya.
Dia datang daripada Alor Setar untuk bercuti denganku.
Aku siap berkonvoi dengan dia.
Sebab dia pun pakai Estima jugak.



Secara amnya,
tempat yang sesuai untuk merehatkan minda.
Persekitarannya bersih dan well-maintained.
Tempat nak bermain air ada di merata tempat.



Dikeliling taman air,
ada banjaran bukit batu kapur yang menghijau.
Ada kolam air panas untuk berendam.
Ada gua batu kapur untuk dilawati.
Ada juga tempat nak mencuba nasib ala fun-fair.



Tapi macam biasa.
Tak boleh nak bawa masuk makanan.
Makanan kat dalam pun agak mahal.
Nasi Ayam dah RM6.00.
Air Mineral 500ml dah RM3.00.



Satu yang paling best kat sini,
ada Petting Zoo.
Kalau semalam aku langsung tak boleh tangkap gambar,
kat sini hampir semua haiwan yang ada aku snap.
Tunggu entri selepas ini...

2 ulasan:

  1. nampak sangat panas terik!!!
    rentung tak..??

    BalasPadam
  2. Memang panas terik.
    Cuaca agak berjerebu.
    Tapi saya tak main panas.
    Saya nyorok2 di bawah tempat teduh.
    Dah jemu main air.
    Main dengan kamera lagi bagus...

    BalasPadam