Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Aku dan Nasib Harimau Malaya

Pagi-pagi ke rumah Cik Siti,
Rumah Cik Siti tepi perigi,
Pagi-pagi dah sakit hati,
Harimau Malaya patah gigi.

Malam tadi aku cuti,
Aku duduk menghadap tv,
Bersama keluarga satu famili,
Menyokong Safee Sali dan Khairul Fahmi.

Singapura awal2 lagi dah pukul curi,
5 pemainnya bukan yang ori,
Asyik berlakon bila dikasari,
Aku tengok pun sakit hati.

Belum apa2 Aidil Zafuan dah injury,
Separuh masa masih tercari2,
Ketiadaan Safiq Rahim sangat dirasai,
Tapi Khairul Fahmi cemerlang sekali.

Bila Safee Sali score sebiji,
Aku jadi confident sekali,
Gol kedua pasti datang lagi,
Tapi gol lain memusnah diri.

Harimau Malaya sekadar seri,
Sorakan dan pekikan tak bererti,
Piala Dunia jauh lagi,
Tunggu 4 tahun mencuba lagi.

Malaysians unite for Harimau Malaya

KUALA LUMPUR- Malaysians united in support of Harimau Malaya against Singapore in a second-round World Cup qualifier last night. Cars were parked by the roadside and highways as far as 5km from Bukit Jalil National Stadium, bringing traffic to almost a standstill. At …

Aku sokong Harimau Malaya

Malam ini.
Astro Arena.
8.45 malam.
Malaysia lawan Singapura.
Nak kerja ke nak duduk depan tv?


Aku dan Ubat Awet Muda

Daripada zaman sekolah dulu,
aku memang malas nak cuci muka.
Kalau cuci pun guna sabun mandi aje.
Tapi sejak umur makin meningkat ni,
aku kena jaga juga kulit wajah aku.
Aku tak nak tua sebelum waktunya.
Jadi masa kat Tesco kelmarin,
aku beli 3 jenis pencuci muka sekaligus.
Sebabnya kerana aku tak tahu nak pilih yang mana.
Jadi bangun pagi aku guna yang ini:



Tengahari aku guna yang ini:



Dan malam aku guna yang ini:



Harap2 dapat kulit secerah Fahrin Ahmad.
Dapat 50 % pun cukuplah.
Kalau nak lagi kelihatan muda,
ambik suntikan dibawah ini.
Gerenti boleh jadi macam Rosyam Noor.
Tapi halal ke haram aku tak pastilah.

Aku dan Pagi Ini

Sejak kerajaan nak mengharamkan Nasi Lemak
yang kononnya menggemukkan,
aku cuba berhenti bersarapan Nasi Lemak.
Lagipun sejak kawan aku balik negeri,
aku dah takda mood nak sarapan kat sini.
Nasi Lemak yang aku order dah tak 'special' lagi.
Dah takda timun,
sambal dah diasingkan,
ikan bilisnya sedikit
dan telurnya dah digoreng sampai garing.



Tapi sejak akhir2 ini,
aku dah tukar menu baru.
Roti Tampal,
cicah dengan kari+sambal.
Dan Nescafe Tarik.
Walaupun dah tak rasa 'special',
aku tiada pilihan lain...



Aku dan wang siling baru

Wang siling baru?
Lebih ringan.
Lebih cantik.
Lebih bersifat kebangsaan.
Dah 20 tahun tak tukar.
Itu antara alasan2 yg diberikan.
Tapi perlukah semua itu?
Wang siling dah semakin kecil nilainya.
5 sen pun apa lagi nilainya?
Nak parking kereta pun paling kurang RM1.
Nak telefon guna public phone pun tak perlu duit siling dah.
Suratkhabar pun dah seringgit setengah.
Ini kroni mana pulak yang dapat kontrak kerajaan ni?
Kes duit polimer RM5 pun belum selesai lagi.
Macam ni nak sokong kerajaan lagi ke?
Kicap kegemaranku pun tiba2 naik 60 sen sebotol.
Itu belum kira barang2 keperluan yang lain.
Apalah Najib ni.
Pentingkanlah hal yang penting2 dulu.
Selama ni mana ada orang komplen pasal duit siling tu.
Takda sapa pun kata berat ataupun tak cantik lagi dah.
Yang komplen semakin takda harga adalah...



Bank Negara To Issue New Coins Series Next Year KUALA LUMPUR, July 25 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) will be issuing the new third series of coins beginning next year. BNM Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Azi…

Aku dan Ustaz Akhil Hayy

Akhil Hayy semasa bersama D Riyadh:







Akhil Hayy selepas mendapat hidayah:







Tapi suara dia memang kelas.
Aku peminat setia masa zaman student dulu...

Estimaku Dah Sihat

Estimaku dah keluar wad.
Petang semalam dia discharged.
Selepas turun enjin,
kena buat balik benda yang lain2.
Kena servis aircond.
Kena buat alignment/balancing semula.
Juga kena cuci dan polish
sebab habuk dah seinci tebalnya.
Lepas tu baru boleh try jalan jauh.
Melaka?
Kuala Lumpur?
Atau Desaru sahaja?
Tapi rasanya tak sempat nak kemana2.
Minggu depan dah puasa.
Tunggu hari raya ajelah nampaknya...

Aku dan Azmil Mustapha 2.0

Hujung minggu.
Aku ajak wife dan anak perempuan aku menemaniku.
Mendengar ceramah Ustaz Azmil Mustapha
di Masjid Kg Ayer Manis.
Anak2 lelaki aku tak nak ikut.
Mereka sibuk menghadap tv.
Ada game Malaysia vs Singapura.



Azmil Mustapha memang jauh beza banding zaman mudanya.
Dia jujur bercerita tentang zaman mudanya.
Bagaimana dia lupa Ramadhan dan sembahyang raya masa di US.
Bagaimana dia mengaku melakukan semua kejahatan.
"Apa perkara jahat yang saya tak buat?"
"Hanya bunuh orang sahaja yang saya tak buat."
"Lain2 saya dah buat."
Dia bercerita tentang penghijrahannya ke Syria selama 6 tahun.
Belajar agama, belajar bahasa Arab, bertemu dengan wali2 Allah...



Dia juga sempat mengutuk kerajaan.
"65% rakyat Malaysia beragama Islam,
agama rasmi Malaysia pun agama Islam,
tetapi kenapa takut nak melaksanakan hukum2 Islam?"
Khabarnya beberapa ahli UMNO meninggalkan majlis lebih awal.
"Apa perlunya Najib berjumpa Pope?
Orang2 Kristian pun tak percaya dengan Pope."
Bany…

Aku dan Tragedi Norway

Ini dia orangnya.
Anders Behring Brevik.
Dia berkulit putih.
Berketurunan Kristian.
Dia bukannya geng Taliban.
Dia juga bukan beragama Islam.
Malah dia anti-Islam.
Dialah perancang tunggal pengeboman dan pembunuhan beramai2.
92 orang telah disahkan meninggal dunia.
Sikap manusia memang sangat sukar diramal.
Amerika Syarikat sebagai polis dunia pasti pening kepala.
Geng BAU dalam Criminal Minds pun pasti pening kepala.



OSLO: Risalah yang mengandungi 1,500 muka surat dipercayai ditulis oleh suspek pembunuhan kejam dalam dua insiden berasingan di Norway, Anders Behring Breivik mendedahkan serangan terburuk itu sudah dirancangnya sejak musim luruh 2009. Dokumen berbentuk diari yang turut memuatkan cara-cara membuat bom secara manual dan kritikan terhadap parti politik menceritakan tentang perasaannya yang anti-Islam. Dalam catatan bertajuk "Autumn 2009 - Phase Shift' menerangkan bagaimana Behring Breivik memulakan perusahaan peladangan dan perlombongan untuk merancang keganasan sebelum …

Estimaku sakit 2.0

Petang ini aku melawat Estimaku.
Dah 2 minggu aku tak tengok.
Update guna handphone aje.
Enjin dah turun.
Gearbox 'baru' pun sudah dipasangkan.



Aku memang tak mahir sangat bab enjin ni.
Jadi bila Estimaku rosak,
habis semua kawan2 Estima dan mekanik aku tanya.
Kalau mereka kata kena tukar, aku tukar.
Kalau mereka kata gearbox yang rosak, aku ikutkan sahaja.
Korang cerita lebih2 pun bukannya aku faham.



Tapi aku dah mula putus asa.
Banyak sangat masalahnya.
Itu tak kena, ini tak kena.
Pening kepala aku.
Nak hantar ke hospital lain memang dah tak boleh.
Enjin dah turun, mana boleh start dah?



Aku tawakal aje.
Harap2 lepas tukar gearbox selesai masalah.
Kalau tak selesai jugak,
aku pulak yang sakit nanti.
Sakit kepala.
Sakit hati.
Juga sakit poket...

Estimaku sakit

Dah 3 minggu Estimaku terlantar sakit di hospital.
Selepas balik daripada Cameron Highlands,
dia mula batuk2 dan selsema.
Start enjin takda masalah.
Bila dah jalan pun takda masalah.
Tetapi bila berhenti kat simpang atau lampu isyarat,
dia mula terbatuk2 dan kadang2 terus diam.
Seminggu di hospital doktor masih belum jumpa penyakitnya.
CT Scan dah buat tetapi normal.
Doktor syak sensor alarm yang aku pasang 5 tahun dulu,
telah mengganggu sistem enjin yang ada.



Ada kawan suggest bawak ke Toyota Service Center di Plentong.
Tapi aku percaya kat doktor yang merawatnya sekarang.
Kalau tak sembuh jugak selepas keluar wad,
barulah pindah ke hospital lain pulak.
Bila kereta demam aku pun demam.
Walaupun ada insurans tapi sakit pening mana boleh claim?
Hanya accident kaw2 baru boleh claim.
Jadi kena keluar duit daripada poket jugak.
Aku sayang sangat Estimaku ini.
Dah 5 tahun pakai tanpa masalah.
Baru kali ini dia sakit tenat.



Ini berita terbaru.
Doktor kata gearbox Estima aku puncanya.
Nak kena bedah dan tukar baru.

Aku dan Azmil Mustapha

Ingat lagi kat Azmil Mustapha?
Filem Mekanik dan Ali Setan adalah filem dia.
Karakter gila2nya masih kekal difikiran.
Tetapi itu cerita dulu.
Sekarang dia dah jauh berubah.
Hujung minggu ini.
Dia akan datang ke Masjid Kg Air Manis Kulai.
Dia nak cerita pengalaman dia.
Dia nak cerita perubahan kehidupan dia.
Sesuatu yang menarik untuk didengar
sementara menunggu kedatangan bulan Ramadan.
PENGHIJRAHAN AZMIL MUSTAPHA DARI SENI KE BIDANG DAKWAH Buat para peminat filem 'Ali Setan' dan 'Mekanik', nama Azmil Mustapha sudah pasti tidak akan luput dari ingatan. Lakonannya yang nakal dan bersahaja berjaya meninggalkan impak kepada para penonton yang menyaksikan filem lakonannya. Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen atau layar lebar negara. Malah cerita mengenai dirinya juga sudah lama tidak menghiasi ruangan hiburan akhbar-akhbar popular. Ini semua gara-gara 'hijrah' yang dilakukannya. Meninggalkan dunia seni yang penuh cabaran …

Aku dan Bersih 2.0

The best trailer for Malaysia?





Aku memang dah lama mogok dengan politik Malaysia.
Pertentangan antara Najib dan Anwar tiada kesudahannya.
Siapa yang jadi mangsa?
Kitalah sebagai rakyat Malaysia yang jadi mangsanya.
Aku sokong agenda yang cuba dibawa oleh Bersih 2.0.
Tapi aku tak suka cara mereka nak mengembangkan agenda mereka.
Aku juga tak suka cara kerajaan menanganinya.
Seminggu sebelum perhimpunan,
rakyat telah dimomok2kan dengan pelbagai cerita2 dongengan.
Komunis, senjata api, anasir luar, dsbnya.
Aku dah berhenti baca suratkhabar bahasa Melayu.
Utusan Malaysia dan Berita Harian terutamanya.
Berita2 yang disiarkan banyak yang tak masuk dek akal.
Walaupun dengan tekanan2, halangan2 dan rintangan2 yang diberikan,
Bersih 2.0 tetap berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berkumpul.
Semuanya dah dijangka oleh kedua belah pihak.
Masing2 menangguk di air yang keruh.
Parti Pembangkang semakin mendapat simpati.
Manakala kerajaan dilihat berjaya mengekang kebangkitan rakyat.
Yang rugi s…

Aku, the Reds dan the Devils 2.0

Rooney hails Devils fan as a legendPETALING JAYA: Manchester United striker Wayne Rooney has come out in support of his club's Malaysian fan who wore the Red Devils jersey to a Liverpool training session, calling him a “legend”. Rooney took to Twitter last night to praise the young man, saying “The lad who went to watch Liverpool train in MUFC top with my name on the back is a legend.” It was reported yesterday that a Manchester United fan had pushed his luck a little too far when he showed up at the Liverpool training session at the National Stadium in Bukit Jalil on Thursday wearing the Red Devils kit. A video captured at the training session and later uploaded on YouTube showed the young man wearing a Rooney No 10 jersey, surrounded by hordes of Liverpool fans. The Manchester United fan's jersey was eventually lifted off by the Liverpool supporters in front of a crowd yelling “Buka! Buka!” (“Take it off!”). The Reds tried forcing him to wear a Liverpool jersey, but he…

Aku Malaysia vs Liverpool FC

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia.
Aku bangga menyokong Harimau Malaya.
Aku juga bangga menyokong Liverpool.
Satu perlawanan yang sangat menarik ditonton.
Tak merasa malu walaupun kalah.
Juga tak terasa seperti berada di dalam negara.
Padang yang cantik.
Penyokong yang fanatik.
Dan pesta gol yang meriah.

" Malaysian By Birth, The Kop By Choice."


Tigers make Liverpool work hard for their victory

KUALA LUMPUR: English Premier League outfit Liverpool were made to work hard before overcoming Malaysia 6-3 in a thrilling encounter at the National Stadium in Bukit Jalil yesterday. An under-strength Liverpool took to the field without the likes of Steven Gerrard, Luis Suarez, Pepe Reina and Glen Johnson. Also missing was manager Kenny Dalglish, leaving his assistant Steve Clarke to call the shots from the bench.

The Reds thought they were home and dry after building up a 4-1 lead by the 75th minute. However, the never-say-die attitude of Datuk K. Rajagopal’s players saw the Tigers la…

Aku Dah Ada iPad2

Pagi isnin yang sibuk.
Ada kotak atas meja aku.
2 minggu menunggunya.
Akhirnya sampai juga.



Kegilaan terbaru.
Tapi bukan untuk aku.
Aku prefer MacBook aku ini.



Kena belajar dengan anak2ku.
Mereka lebih pandai dengan gajet2 elektronik sebegini.
Juga dengan Ezanee.
Ada aje benda baru diajarnya kalau berjumpa.
Sekarang aku dah pandai guna Facetime.
Boleh tengok rumah bersepah ke tidak.
Boleh tengok muka anak2 dah mandi ke belum.
Boleh tengok muka wife kalau tension dengan patient.

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hujung minggu.
Balik kampung.
Musim durian dan rambutan.



Seronok memungut durian yang jatuh berguguran.
Walaupun pokoknya cuma 3 batang,
tapi kali ini buahnya agak lumayan.



Di belakang rumah emak mertua pun sama.
Rambutan dah mula masak.
Sebelum habis dikebas kelawar,
baik kita perabih dulu.



Malam ini Malam Nisfu Syabaan rupanya.
Bulan mengambang penuh.
Bermakna 2 minggu lagi dah puasa.
Lepas tu nak raya pulak.



Salam hujung minggu kawan2.
Apa aktiviti anda esok?

Aku Tak Sebodoh Mamat Ini

Mencari glamour?
Mencari nahas?
Atau kedua-duanya?
Aku tabik kat mamat sorang ni.
Berani. Kental. Tabah.
Juga semestinya Kipas Susah Mati ( Diehard Fan ) Man United.
Walaupun kena provoked dan dimalukan,
dia tak mengaku kalah.
Syabas!

Liverpool fans shame a Devil






PETALING JAYA: A Manchester United fan pushed his luck a little too far when he showed up at the Liverpool training session at the National Stadium in Bukit Jalil wearing the Red Devils kit.

Liverpool fans saw red and he was lucky to get away with only losing his shirt.
Raging hell-raisers: (From top to bottom) The young man is spotted sporting the jersey, prompting Kopites to force him to strip. He then left, before returning in a Malaysian national team jersey.

A video captured at the training session on Thursday and later uploaded on YouTube showed a young man clad in his Rooney No 10 jersey, surrounded by hordes of Liverpool fans, including women, seated directly in front of him.

He resisted attempts to strip him, but his …

Aku dan SiCKO

Kenal Michael Moore?
Ini antara filemnya yang pernah menang award.
Filem lama.
Tahun 2007.
Ezanee yang perkenalkan kat aku.
Ini realiti di Amerika Syarikat.
Negara yang paling berkuasa di dunia sekarang.
Tetapi mempunyai perkhidmatan kesihatan paling teruk.
Kesihatan menjadi satu perniagaan.
Tiada yang percuma di sana.
Kalau anda jatuh sakit atau ditimpa kemalangan,
dan anda tiada insurans kesihatan,
tiada siapa yang akan memperdulikan anda.
Doktor tiada mempunyai kuasa mutlak.
Syarikat2 insurans atau HMO menjadi terlalu berkuasa.
Surgeon nak operate, kena tanya HMO dulu.
Physician nak try ubat baru, kena tanya HMO dulu.
Obstetrician nak induced labour, kena tanya HMO dulu.
Malah driver ambulan nak bawak pesakit pun,
kena tanya HMO dulu.
Gila. Memang gila.
Banduan2 di Guatanamo Bay mempunyai kemudahan kesihatan
10 kali lebih baik banding rakyat Amerika.


Beberapa fakta menarik terdapat dalam filem ini
:
There are nearly 50 million Americans without health insurance. There are four times as many health care l…

Aku dan Rainforest World Music Festival

Rasanya aku tak rugi sebab tak hadir ke event ini.
Sebab ianya dah jadi seperti konsert rock!
Bukannya persembahan kumpulan2 etnik seluruh dunia seperti dulu2.
Ada dua perkara yang aku perhatikan.
Satu, ramai warga asing dan semenanjung berkunjung ke Sarawak minggu lepas.
Dua, aku kena surcharged 20 ringgit masa bayar bil hotel.
Semuanya kerana event ini...



I CAME to know of the Rainforest World Music Festival in 1998 when it was announced in the media. At that time, the organisers stated that it was to be a festival featuring only ethnic music and instruments. How appropriate, I thought, that our rainforest was chosen to showcase it. I was at last able to attend the festival 13 years later with my family and a guest from Australia and excitedly planned for it as early as March, thinking that with 13 festivals of experience, it would be better than ever. What a letdown! Indeed, world music was played in the literal sense of the word as bands from different countries were invited. The…

Aku dan Pua Kumbu

Sebelum pergi ke Sarawak:




Selepas balik daripada Sarawak:




From Wikipedia, the free encyclopedia Pua Kumbu is a traditional patterned multicolored ceremonial cotton cloth used by the Iban, made and used in Sarawak, Malaysia. Pua kumbu are woven by Dayak women and are considered to be sacred objects. They are used for lifecycle rituals and special events including the birth of a child, coming of age celebrations, receipt of an important item to a longhouse, and to screen a corpse that is being laid out in a longhouse prior to burial. Beside Pua Kumbu, there are also Pua Sungkit and Pua Karap.

Aku dan Ole-Ole Sarawak

Semua barang aku beli.
Kecuali Gambir Sarawak.








Total journey: 1564 km
Total luggage to Kuching: 25 kg
Total luggage to JB: 50 kg
Total experiences: priceless

Must come back again...

Aku dan Kek Lapis Sarawak

Satu lagi kemestian kalau ke Sarawak.
Kek Lapisnya yang warna-warni dan tahan lama.
Ada satu kedai di seberang sungai.
Pakcik driver teksi yang tunjukkan.
Memang famous kedai ini.
Ramai artis2 dan orang terkenal datang ke kedainya.



Aku terkejut dengan harga kek lapis di sini.
Yang kecil RM5 dan yang besar RM10.
Yang complicated warna dan lapisnya hanya RM15.
Kalau kat Johor dan 2-3 kali ganda harganya.



Aku juga suka tengok cara pembungkusannya.
Kemas dan cantik untuk dijinjing ke airport.
Tapi lepas ni kalau nak kek lapis Sarawak,
tak payah susah2 nak ke sana.
Boleh order secara online.

Aku dan Terubuk Sarawak

Antara kemestian kalau ke Sarawak.
Ikan Terubuk Masinnya.
Harganya ikut saiz.
Semakin besar semakin mahal harganya.



Kalau anda orang ada2,
boleh beli telur ikan terubuk.
Harganya RM300 untuk sekilo.
Kalau bukan musim bertelur,
harga mencecah RM600 sekilo.



Cara mereka membungkus memang unik.
Macam tahu2 aje nak bawak balik jauh.
Mula2 bungkus dengan plastik.
Lepas tu balut dengan suratkhabar.
Lepas tu masuk dalam kotak.
Lepas tu bubuh plaster cantik2.



Ikan ini sedap digoreng garing.
Makan semasa panas dengan bawang, cili dan limau.
Tak payah lauk lain pun takpa.