Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Julai 2011

Aku dan Azmil Mustapha 2.0

Hujung minggu.
Aku ajak wife dan anak perempuan aku menemaniku.
Mendengar ceramah Ustaz Azmil Mustapha
di Masjid Kg Ayer Manis.
Anak2 lelaki aku tak nak ikut.
Mereka sibuk menghadap tv.
Ada game Malaysia vs Singapura.



Azmil Mustapha memang jauh beza banding zaman mudanya.
Dia jujur bercerita tentang zaman mudanya.
Bagaimana dia lupa Ramadhan dan sembahyang raya masa di US.
Bagaimana dia mengaku melakukan semua kejahatan.
"Apa perkara jahat yang saya tak buat?"
"Hanya bunuh orang sahaja yang saya tak buat."
"Lain2 saya dah buat."
Dia bercerita tentang penghijrahannya ke Syria selama 6 tahun.
Belajar agama, belajar bahasa Arab, bertemu dengan wali2 Allah...



Dia juga sempat mengutuk kerajaan.
"65% rakyat Malaysia beragama Islam,
agama rasmi Malaysia pun agama Islam,
tetapi kenapa takut nak melaksanakan hukum2 Islam?"
Khabarnya beberapa ahli UMNO meninggalkan majlis lebih awal.
"Apa perlunya Najib berjumpa Pope?
Orang2 Kristian pun tak percaya dengan Pope."
Banyak juga ilmu dan cerita2 baru yang aku dapat darinya.
Biarlah ia menjadi iktibar dan pengajaran untukku.
Kesihatan Ustaz Azmil Mustapha memang membimbangkan.
Jantung beliau sangat lemah.
Walaupun setiap minggu jumpa pakar jantung
dan makan ubat macam2,
semuanya sekadar menahan jantungnya daripada lebih teruk.
Beliau cepat sesak nafas dan menggunakan kerusi roda sekali sekala.
Tapi beliau tidak tunjukkan kesusahannya.
Beliau sudah redha dengan apa yang berlaku.
Beliau sudah rela jika Allah menjemputnya bila2 masa.
Semoga aku masih dapat berjumpanya lagi.
Banyak lagi ilmunya yang belum dikongsikan.
2 jam syarahannya ibarat setitik air dilautan.
Banyak lagi ilmu yang perlu aku dalami dan pelajari.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    Memang teringin nak jumpa tapi kena tunggu balik Malaysia dulu....

    BalasPadam
  2. En Ismail minat dia jugak ke?

    BalasPadam