Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Julai 2011

Aku dan Azmil Mustapha



Ingat lagi kat Azmil Mustapha?
Filem Mekanik dan Ali Setan adalah filem dia.
Karakter gila2nya masih kekal difikiran.
Tetapi itu cerita dulu.
Sekarang dia dah jauh berubah.
Hujung minggu ini.
Dia akan datang ke Masjid Kg Air Manis Kulai.
Dia nak cerita pengalaman dia.
Dia nak cerita perubahan kehidupan dia.
Sesuatu yang menarik untuk didengar
sementara menunggu kedatangan bulan Ramadan.

PENGHIJRAHAN AZMIL MUSTAPHA DARI SENI KE BIDANG DAKWAH

Buat para peminat filem 'Ali Setan' dan 'Mekanik', nama Azmil Mustapha sudah pasti tidak akan luput dari ingatan. Lakonannya yang nakal dan bersahaja berjaya meninggalkan impak kepada para penonton yang menyaksikan filem lakonannya.
Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen atau layar lebar negara. Malah cerita mengenai dirinya juga sudah lama tidak menghiasi ruangan hiburan akhbar-akhbar popular. Ini semua gara-gara 'hijrah' yang dilakukannya. Meninggalkan dunia seni yang penuh cabaran dan mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama.
Berpeluang bertemu dengan Azmil yang kini menjangkau usia 58 tahun di majlis sidang akhbar seminar 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang dianjurkan oleh syarikatnya sendiri. AM Production Sdn. Bhd, dengan kerjasama Airborne Production Sdn Bhd, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang.
Katanya, semenjak meninggalkan dunia lakonan sekitar 1998, dia lebih banyak menumpukan perhatian mendalami ilmu agama dengan beberapa orang tokoh agama terkenal serta serta memberi ceramah agama di sana-sini. Tidak terhad di Malaysia, dia juga turut memberi ceramah sehingga ke Brunei, Indonesia dan Singapura.
Terbaru, seminar yang dianjurkan buat pertama kali oleh syarikat miliknya, 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang diharapkan akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
"Seminar itu turut dijayakan oleh dua panel penceramah dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, Dr Syed Yamin Qadri dan Fuad Khan. Mereka berdua sangat berpengalaman dan merupakan antara guru saya."
"Selain dua orang penceramah tersebut, saya turut membabitkan beberapa selebriti popular yang kini telah berhijrah dan menjalani kehidupan yang berbeza termasuklah Noorkumalasari, Aishah dan Amy Search sebagai panel artis.
"Ketika berbincang mengenai seminar ini segala-galanya seperti dipermudahkan Allah. Malah kesemua artis yang terlibat, saya hubungi dan hanya sekali mengadakan mesyuarat bersama mereka dan saya bersyukur kerana semuanya bersetuju," jelasnya ceria.
Untuk pengetahuan semua, seminat tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur pada 31 Julai hingga 1 Ogos depan. Maklumat lanjut, sila hubungi hotline 03-55117971.
Ditanya mengenai dunia seni, Azmil yang kali terakhir berlakon di dalam filem 'Puteri Gunung Ledang' memberitahu buat masa ini hatinya belum terbuka untuk berlakon kembali. Malah sebelum ini dia pernah menolak tawaran untuk menghasilkan sebuah filem daripada produksi antarabangsa, lantaran mereka tidak mahu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya.
"Ketika itu saya diberi modal RM20 juta untuk menghasilkan sebuah filem. Mengikut perancangan awal semuanya baik-baik belaka. Tetapi lama-kelamaan pihak penerbit mahu saya menyelitkan unsur-unsur seks sebagai daya tarikan komersil dalam filem tersebut. Ini menyebabkan saya tawar hati dan akhirnya menarik diri daripada projek tersebut," ujarnya berterus terang.
"Saya berhenti berlakon sekitar 1998 sebelum kembali berlakon dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'. Kini saya selesa dengan apa yang saya lakukan dan percaya Allah akan sentiasa mempermudahkan kerja serta memberikan rezeki jika kita bekerja hanya keranaNya," katanya yang pernah menetap di Syria selama empat tahun demi menuntut ilmu.
Sumber : GUA
Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan