Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Julai 2011

Aku dan Bersih 2.0

The best trailer for Malaysia?





Aku memang dah lama mogok dengan politik Malaysia.
Pertentangan antara Najib dan Anwar tiada kesudahannya.
Siapa yang jadi mangsa?
Kitalah sebagai rakyat Malaysia yang jadi mangsanya.
Aku sokong agenda yang cuba dibawa oleh Bersih 2.0.
Tapi aku tak suka cara mereka nak mengembangkan agenda mereka.
Aku juga tak suka cara kerajaan menanganinya.
Seminggu sebelum perhimpunan,
rakyat telah dimomok2kan dengan pelbagai cerita2 dongengan.
Komunis, senjata api, anasir luar, dsbnya.
Aku dah berhenti baca suratkhabar bahasa Melayu.
Utusan Malaysia dan Berita Harian terutamanya.
Berita2 yang disiarkan banyak yang tak masuk dek akal.
Walaupun dengan tekanan2, halangan2 dan rintangan2 yang diberikan,
Bersih 2.0 tetap berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berkumpul.
Semuanya dah dijangka oleh kedua belah pihak.
Masing2 menangguk di air yang keruh.
Parti Pembangkang semakin mendapat simpati.
Manakala kerajaan dilihat berjaya mengekang kebangkitan rakyat.
Yang rugi siapa?
Selain rakyat Kuala Lumpur,
para pembayar cukai seperti aku juga rugi besar.
Berapa banyak wang, masa dan tenaga dibazirkan untuk Bersih 2.0?
Sepatutnya wang itu digunakan untuk membangunkan negara.
Juga untuk Rosmah beli gelang dan cincin baru.

3 ulasan:

  1. abg doc, muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    BalasPadam
  2. 1st time saya tengok 2nd video tu.
    speechless

    BalasPadam