Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Julai 2011

Aku dan Tragedi Norway



Ini dia orangnya.
Anders Behring Brevik.
Dia berkulit putih.
Berketurunan Kristian.
Dia bukannya geng Taliban.
Dia juga bukan beragama Islam.
Malah dia anti-Islam.
Dialah perancang tunggal pengeboman dan pembunuhan beramai2.
92 orang telah disahkan meninggal dunia.
Sikap manusia memang sangat sukar diramal.
Amerika Syarikat sebagai polis dunia pasti pening kepala.
Geng BAU dalam Criminal Minds pun pasti pening kepala.



OSLO: Risalah yang mengandungi 1,500 muka surat dipercayai ditulis oleh suspek pembunuhan kejam dalam dua insiden berasingan di Norway, Anders Behring Breivik mendedahkan serangan terburuk itu sudah dirancangnya sejak musim luruh 2009.

Dokumen berbentuk diari yang turut memuatkan cara-cara membuat bom secara manual dan kritikan terhadap parti politik menceritakan tentang perasaannya yang anti-Islam.

Dalam catatan bertajuk "Autumn 2009 - Phase Shift' menerangkan bagaimana Behring Breivik memulakan perusahaan peladangan dan perlombongan untuk merancang keganasan sebelum ditahan pada Jumaat.

"Keputusan untuk menulis catatan ini adalah untuk memberi penjelasan yang boleh dipercayai andai saya ditahan kerana membeli dan menyeludup bahan letupan," katanya dalam risalah itu.

Sekurang-kurangnya 85 orang maut dalam pembunuhan terburuk di kem remaja tajaan parti pemerintah Norway manakala tujuh lagi di bangunan kerajaan di ibu negara, Oslo, beberapa jam sebelum itu.

"Saya akan dilabelkan sebagai pembunuh paling kejam sejak Perang Dunia Kedua," katanya.

Risalah itu ditandatangani atas nama samaran "Andrew Berwick' sementara penulis menerangkan keturunan nama sebenarnya - Anders Benhring Breivik.

Catatan itu turut merujuk kepada rakan penulis, tabiat mereka, teman wanita dan kegiatan seksual termasuk keinginan luar biasa dalam kehidupan seharian mereka dengan meminum wain termahal sebelum melakukan serangan itu.

"Saya menulis hampir separuh mengenai diri saya. Selebihnya mengenai rutin kerja beberapa lelaki berani di seluruh dunia. Risalah ini milik sesiapa saja," katanya.

Terdahulu, Akhbar The Sun mendedahkan lelaki berusia 32 tahun itu gemar memburu dan meminati siri pembunuhan bersiri Dexter serta True Blood selain filem Gladiator dan 300.

Melalui laman sosial Facebook, suspek mendedahkan dirinya sebagai bujang beragama Kristian dan sering meluahkan pandangan anti-Islam.

Dua insiden berasingan itu disifatkan sebagai serangan terburuk berlaku di Eropah selepas pengeboman stesen kereta api Madrid pada 2004 yang mengorbankan 191 orang.

Sementara itu, Peguam Behring Breivik memberitahu televisyen Norway pada Sabtu bahawa suspek mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.

"Dia memberitahu tindakan itu kejam tetapi perlu meneruskan rancangannya," kata peguamnya, Geir Lippestad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan