Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Julai 2011

Aku, Demam dan Hospital Kerajaan



Kes 1:

Wanita berusia awal 40-an.
Demam dah lebih seminggu.
Ambik ubat di beberapa klinik swasta tapi tak pulih.
Masuk ke hospital kerajaan.
3 hari 3 malam hanya masuk IV Drip dan antibiotik sahaja.
Demam menggigil2 doktor kata hanya UTI sahaja.
Masuk hari ke 4, dia mintak keluar hospital.
Walaupun tak berduit, dia masuk juga ke hospital pakar.
Memang ada UTI i.e jangkitan kuman di saluran air kencing.
Puncanya ada batu karang dah sangkut kat ureternya.
Dia menjalani pembedahan mengeluarkan batu dan pasang stent.
Lepas tu barulah hilang demamnya.
Tapi demam lain pulak datang bila bilnya mencecah 20 ribu ringgit.

Kes 2:

Lelaki berusia 70 tahun.
Bekas polis dan pernah menjalani pembedahan mengeluarkan peluru
selepas di tembak komunis 40 tahun yang lalu.
Dia demam berpanjangan lebih 3 minggu.
Kejap panas kejap sejuk.
Dia tiada sakit2 lain dan juga tiada sakit2 kronik.
Masa jumpa aku demamnya lebih 38 darjah.
Secara keseluruhannya aku tak jumpa punca demamnya.
Dia pernah ke unit kecemasan hospital daerah.
Selepas ujian darah, doktor cuma cakap dia bukan demam denggi.
Yang lain2 doktor tak check walaupun demam dah 3 minggu.
Aku rujuk dia ke hospital besar.
2 hari 2 malam di wad demamnya naik turun.
Doktor cuma cakap kencing kotor sahaja.
Masuk malam ke 2, dia mula sesak nafas dan terpaksa bergantung dengan O2.
Hari2 anaknya call aku tanya nak buat apa sebab doktor macam tak buat apa2.
Jadi kesudahannya anak dia pindahkan dia ke hospital pakar.
Pada hari yang sama dia menjalani CT Scan.
Doktor kata ada jangkitan kuman di hati dan paru2nya.
Keadaannya masih belum stabil sehingga sekarang.

Ada beberapa perkara yang aku nak jelaskan:
  1. Staf hospital atau klinik kerajaan hanya risaukan pasal demam denggi sahaja.
  2. Jika anda demam, mereka pasti buat ujian darah untuk pastikan anda demam denggi atau tidak. Mereka tak kira anda demam dah berapa hari dan mereka juga tak kisah pasal simptom2 yang lain.
  3. Jika ujian darah anda normal, anda dah tidak menjadi keutamaan mereka. Walaupun anda demam menggigil2 dan demam dah lebih 3 minggu tapi jika ujian darah anda menunjukkan anda bukan demam denggi, mereka tak hiraukan anda.
  4. Staf hospital lebih suka merawat nombor2 dalam keputusan ujian darah anda berbanding merawat anda. Jika ujian darah anda normal, jangan harap mereka akan memeriksa dan memegang anda. Mereka tiada masa untuk mendengar bunyi nafas anda ataupun memegang perut anda.
  5. Staf hospital beranggapan bahawa anda banyak duit bila anda minta dipindahkan ke hospital pakar swasta. Mereka tak pernah menganggap mereka lemah ataupun kurang effisien dalam merawat anda. Mereka tidak risau walaupun demam anda tidak pernah reda sepanjang 3 hari di wad. Mereka anggap jika seorang pesakit minta keluar wad bermakna kurang satu beban di wad mereka.
Aku pernah bekerja di wad hospital kerajaan dulu. Aku tahu kekangan dan halangan2nya. Sebagai MO di hospital daerah, merawat dan mencari punca demam memanglah susah. Bila seorang pesakit masuk disebabkan demam yang tidak tahu puncanya, MO kena bersikap proaktif. Ujian2 darah yang pelik2 dan jarang dilakukan perlu dibuat dan dipastikan keputusannya kembali ke wad. Ini kerana ujian2 tersebut selalunya dibuat di hospital besar dan selalunya sampel atau keputusan ujian hilang diperjalanan. Ada juga ujian yang mengambil masa berminggu2 untuk mendapat jawapan.

Temujanji untuk ujian2 khas seperti Ultrasound, CT Scan, MRI juga mengambil masa. Kalau nak urgent pun seminggu kemudian baru boleh dapat tarikh temujanji. Sementara itu pesakit yang menderita. Demam masih juga naik turun. Antibiotik di hospital kerajaan pun setakat mana MO cabuk boleh beri. Balik2 Penicillin dan kalau pegawai Farmasi baik hati dapatlah Cefuroxime. Nak Augmentin atau Rocephin pun kena tunggu pakar datang untuk countersign. Baru boleh dapat ubatnya.

Ini cerita 10-15 tahun dulu. Dan rasanya zaman sekarang pun masih macam itu jugak. Pesakit dan waris menyalahkan doktor kerana tak buat apa2 dan kesudahannya mereka minta keluar wad. Yang banyak duit, pergi ke hospital swasta manakala yang tak berduit, mereka balik kampung cari bomoh ataupun orang2 alim untuk berubat secara alternatif. Doktor yang makan gaji buta sekadar ikut prosedur dan tunggu dan tunggu dan berharap keajaiban berlaku. Tetapi doktor yang proaktif sikit akan panggil pesakit dan warisnya untuk berbincang mencari penyelesaian. Biasanya doktor suruh waris keluar duit sedikit untuk buat pemeriksaan/ujian lanjut di hospital swasta tetapi rawatan masih di hospital kerajaan.

Sistem hospital kerajaan masih tak berubah. Di tambah lagi dengan kehadiran doktor2 baru yang dikira 'separuh masak' dan kurang pendedahan klinikal. Sememangnya nyawa pesakit ibarat dihujung tanduk. Aku tak kata doktor2 baru sekarang tidak competence tetapi realitinya agak menakutkan.

Aku kecewa dengan Menteri Kesihatan sekarang. Aku juga kecewa dengan Kementerian Kesihatan, Malaysia Medical Council dan juga dengan pembuat2 dasar di Malaysia. Nyawa anak cucu aku menjadi taruhan.

8 ulasan:

  1. Nicely written bro! Apa kata bro foward kepada KKM..

    Bukan saya nak mendabik diri, tapi ada beberapa kali saya yg buat diagnosis kanser & cause of prolonged/pyrexia unknown origin, dengan hantar all the relevant tests ke lab! Nak harap hospital Gomen, nasibnya jadik yg macam bro tulis lah.

    BalasPadam
  2. Doakan saya jadi Menteri Kesihatan.
    Biar senang saya nak buat rombakan.

    BalasPadam
  3. Sunnguh sedih, dah lebih 50 tahun merdeka, sistem masih tak berubah. Pembuat dasar buat tak kisah. Mereka pun tak hantar saudara mereka di hospital kerajaan. Sy yang bukan doktor pun dapat menilai sikap doktor-doktor baru yang inginkan title dotor daripada ikhlas merawat pesakit... Mudah2an semuanya akan berubah.

    BalasPadam
  4. Mak mertua aku seorang diabetic terpijak dawai kokot (stapler bullet)..kaki mula2 merah, kemudian bernanah..pergi hospital swasta, doktor bagi ubat tahan sakit jer..doktor tak nak buang nanah..suh dtg 3 hari kemudian..

    masuk hari ke-2, nanah semakin banyak, pergi balik hospital swasta tu, doktor ckp kena operate sebab dah teruk..doktor ckp, "makcik ada duit ke? kalau takde duit gi Hospital Kerajaan..murah atau free, tgk keadaan." mak mertua dah panik, suh transfer ke Hospital Ampang, tak call aku pulak..di Hospital Ampang, doktor terpaksa potong ibu jari sebab dah severe..

    Sekarang tgh recover di rumah aku..dressing & follow-up di hospital swasta berdekatan..specialist sini pulak ckp, jari patutnya boleh diselamatkan..mak mertua aku stress...

    Aku amat bengang dgn doktor Hosp swasta yg mula2 tu..tak bagi choice langsung..dan aku bengang sbb dorang potong dulu tanpa beritahu aku..macam la aku takleh bayarkan..

    BalasPadam
  5. Terima kasih doc.
    kenyataan..pernah nak tulis diblog tapi tak jadi..
    kalau yang tak berduit ni doc..dan tak mau pulak jumpa bomoh yang mengarut..hanya menunggu dijemput ilahi.

    BalasPadam
  6. bos..kena masuk parti dulu baru doa jadi menteri ter-amin! hehe...

    cikgu am.

    BalasPadam
  7. agreed 100%. a young biochemist mcm saya masuk gomen bercita2 tinggi.tapi melihatkan sistem yg x berubah 10 years ago, hati mula memberontak.staff tua yg keras kepala, xnak listen to young leader.wat keje sambilewa asalkan patient hidup.kaedah lama x mahu berubah.berdoa semoga Doc mnjadi Menteri Kesihatan suatu hari nanti!:)

    BalasPadam
  8. nasir,,pulau tuba,,langkawi17 Ogos 2011 10:34 PTG

    salam,,,,apa2 pun terdapat kelemahan di dua2 belah pihak,,samada hosp kerajaan atau swasta,,tak boleh la kita menuduh mana2 pihak,,,hospital swasta hanya mementingkan wang,,,,ada patient uti pun bg diagnosis appendik,,nnti boleh buat operation dan dpt income,,,apa2 pun kita perlu bersyukur wujudnya hospital kerajaan dan klinik2 kerajaan di pelusuk kg yg memberi rawatan percuma pd masyarakat yg tak berkemampuan,,,

    BalasPadam