Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Julai 2011

Aku Kehilangan Seorang Kawan

Kat hujung klinik aku ada satu restoran mamak.
Ada seorang pekerjanya sangat2 aku kenal.
Ganesh namanya.
Dia dah 10 tahun kerja di Malaysia.
Dia kerja kat restoran mamak tu sejak aku mula2 bukak klinik dulu.
Setiap kali aku sarapan pagi,
makan tengahari ataupun minum petang kat situ,
pasti dia yang menyapa aku dulu.
Menu biasa aku dah ada dalam kepalanya.
Tak sampai 5 minit semua dah ada atas meja.



8 tahun satu jangkamasa yang lama.
Dia selalu boleh berlebihkurang denganku.
Setakat 10sen 20 sen kira halal.
Kalau dia sakit pening pun,
aku selalu beri dia FOC.
Tapi mulai esok segalanya berubah.
Malam ini dia akan bertolak balik ke Chennai.
Dia dah puas kerja kat Malaysia katanya.
Dia dah boleh buat rumah batu untuk emak bapaknya.
Dia dah boleh beli tv LED 3D untuk letak kat rumahnya.
Emak bapak dia pun dah sibuk suruh dia kahwin.



Selepas ini makan di restoran mamak tu dah lain rasanya.
Semua yang ada hanya pekerja2 yang baru.
Yang cakap melayu tak berapa nak faham.
Yang order lain, datangnya lain.
Aku pasti terasa ketiadaannya.
Selamat tinggal kawanku.
Walaupun berlainan bangsa, agama dan warganegara,
persahabatan tak mengenal itu semua.
Semoga berjumpa lagi suatu hari nanti...

9 ulasan:

  1. sedihnya....

    walau berlainan warganegara, tetap tak jadi halangan untuk berkawan. nanti ada la member bila ke chennai nanti. :)

    yg baju biru tu drZoul ke?

    BalasPadam
  2. gB,

    yg baju biru tu manager rangkaian klinik saya.
    yg baju biru Spain No 10 kat sebelah tu baru saya...

    satu hari saya akan ke Chennai.
    ada alasan utk jumpa kawan lama.

    BalasPadam
  3. Takpe..kalau ke Chennai..dah ada kawan nanti..senang ! :)

    BalasPadam
  4. Sama macam kat kedai mamak kat ofis aku. Dulu bos dia jaga kaunter, selalu kira lebih kurang aje dgn aku. Ada sorang uncle pun selalu dia yg amik order & layan aku dan wife. Masa wife aku pregnant, mesti dpt apam free..tapi sekarang kedai tu owner entah ke mana, uncle pun takde..

    Sekarang yg jaga kedai eksyen2 belaka. Dari tukang amik order, hinggalah tukang amik duit.

    Baru2 ni, kedai tu glamer kejap masuk paper sebab kotor & DBKL tutup 2 minggu.

    BalasPadam
  5. betulla doc, a friend in need is a friend indeed.. uhuhu

    BalasPadam
  6. ala..
    sedih la...

    mesti rasa kehilangan...

    BalasPadam
  7. sometimes friends of different races and religions are better than one race and religion. Mereka lebih menghargainya..

    macha yg kt depan farmasi sy pun baik.slalu bg gula2 free kt ank2 sy huhuhu..

    BalasPadam
  8. Sedih hilang kawan sebab dia tuduh sy perampas. Sedih tak! Sedih tak? Apa la salahnya dia tanya sy dulu perkara yang betul:(

    BalasPadam