Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Julai 2011

Estimaku sakit 2.0



Petang ini aku melawat Estimaku.
Dah 2 minggu aku tak tengok.
Update guna handphone aje.
Enjin dah turun.
Gearbox 'baru' pun sudah dipasangkan.



Aku memang tak mahir sangat bab enjin ni.
Jadi bila Estimaku rosak,
habis semua kawan2 Estima dan mekanik aku tanya.
Kalau mereka kata kena tukar, aku tukar.
Kalau mereka kata gearbox yang rosak, aku ikutkan sahaja.
Korang cerita lebih2 pun bukannya aku faham.



Tapi aku dah mula putus asa.
Banyak sangat masalahnya.
Itu tak kena, ini tak kena.
Pening kepala aku.
Nak hantar ke hospital lain memang dah tak boleh.
Enjin dah turun, mana boleh start dah?



Aku tawakal aje.
Harap2 lepas tukar gearbox selesai masalah.
Kalau tak selesai jugak,
aku pulak yang sakit nanti.
Sakit kepala.
Sakit hati.
Juga sakit poket...

3 ulasan:

  1. Doc...worksyop mana ni?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,

    Kat Kulai jer.

    Masalah dah selesai.
    Saya puashati dengan kerja2 mereka.
    Boleh rekomen kat kawan2...

    BalasPadam
  3. Kat mana di Lembah kelang (KL) nak cari mekanik yang mahir kendali Estima classic ni?

    BalasPadam